KL CHRONICLE: SPR Pastikan PRN Sarawak Kali ini adalah yang terbaik

Wednesday, November 18, 2015

SPR Pastikan PRN Sarawak Kali ini adalah yang terbaik


Menyedari bahawa pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan menjadi antara pilihan raya yang mencabar dari segi geografi dan juga masa, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membelanjakan kira-kira RM180 juta bagi memastikan PRN Sarawak Kali ini adalah yang terbaik pernah diadakan, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.



Katanya, peruntukan itu turut melibatkan perbelanjaan logistik, seperti penyewaan helikopter dimana perbincangan untuk menyewa helikopter sudah pun bermula.

“Di Sarawak ini memang banyak helikopter diperlukan kerana ada kawasan-kawasan tertentu kita tiada pilihan. Kami perlu menggunakan helikopter dan di sesetengah tempat, helikopter itu kena keluar dari kawasan tersebut sebelum masa tertentu,” katanya.

Sejumlah 15,000 kakitangan terlibat dan mereka akan ditempatkan di seluruh negeri semasa PRN kelak, katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan pada Taklimat Pegawai Pengurus, Penolong Pegawai Pengurus dan Ketua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya di sini hari ini.

Bagi kami di #KLChronicle, usaha SPR membelanjakan RM 180 juta bagi memastikan PRN Sarawak ke - 11 menjadi antara yang terbaik menunjukkan kesungguhan SPR. Sama seperti PRU, PRK atau PRN yang sebelumnya, komitmen SPR adalah sentiasa untuk memastikan proses pilihan raya diadakan tanpa sebarang masalah selaras dengan undang - undang serta perlembagaan negara. 

Kami berharap tidak ada pula pihak pembangkang yang "menghentam" SPR kerana tidak serius dalam PRN akan datang kerana ini terbukti tidak benar sama sekali. Malah, pihak pembangkang sepatutnya bersama-sama SPR bagi memastikan kelancaran PRN Sarawak ke - 11 bukan membawa lebih banyak masalah kepada SPR. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget