KL CHRONICLE: Rafizi Akui Tiada Salah laku Undang - Undang dalam kes NFC

Tuesday, November 24, 2015

Rafizi Akui Tiada Salah laku Undang - Undang dalam kes NFC

Kantoi lagi?
PKR hari ini aku tidak berlaku kesalahan undang - undang dalam pembebasan suami ketua Wanita Umno daripada tuduhan pecah amanah bernilai RM49.7 juta dalam kes National Feedlot Corporation Sdn Bhd. (NFCorp).

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menganggap berdasarkan tekaannya, Pengerusi Eksekutif NFCorp Datuk Seri Mohammad Salleh Ismail terlepas daripada tuduhan itu apabila wakil kerajaan meluluskan pembelian 2 unit kondominium mewah bernilai RM9.7 juta itu secara retrospektif menerusi kedudukan mereka selaku lembaga pengarah syarikat.



"Apa yang tidak melanggar undang-undang, tidak semestinya benar daripada segi moral," katanya pada sidang media petang ini.

Menurut Rafizi, beliau yakin rakyat dapat menilai kewajaran perbelanjaan kerajaan walaupun beliau menjangkakan alasan "mematuhi prosedur" akan terus digunakan terutamanya dalam kontroversi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) yang sedang hangat ketika ini.

Salleh dibebaskan daripada 2 tuduhan pecah amanah (CBT) melibatkan RM49.7 juta hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Norsharidah Awang memberikan pelepasan itu selepas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir berjumpa dalam kamarnya. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget