KL CHRONICLE: Muhyiddin Patut Bersyukur Tidak Dipecat Majlis Tertinggi

Thursday, November 26, 2015

Muhyiddin Patut Bersyukur Tidak Dipecat Majlis Tertinggi


1. Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO agar perasmian persidangan sayap-sayap semasa Perhimpunan Agung UMNO dilakukan oleh Ketua Sayap masing-masing adalah tepat bagi menjaga keharmonian dalam parti dan menghalang insiden yang tidak diingini berlaku. Khairuddin Abu Hassan yg akan didakwa kerana cuba sabotaj ekonomi negara umum akan datang ke PAU UMNO? Apa tujuan beliau? Sudah tentu untuk menimbulkan kekecohan seperti mana yg beliau lakukan di program "Nothing To Hide".



2. Adakah Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden dinafikan haknya? Tidak. Tiada sebarang peraturan yang menyebut bahawa perasmian sayap-sayap adalah hak Timbalan Presiden parti. Malah sebenarnya MT berkuasa penuh menentukan aturan persidangan dan mesyuarat agung parti, termasuk perasmi dan wakil MT ke setiap persidangan sayap.

3. Apakah dosa Muhyiddin? Muhyiddin Melanggar tata etika dan disiplin UMNO beberapa kali dan memungkiri janji untuk menjadi Timbalan yang membantu presiden parti. Muhyiddin sewajarnya sudah dikenakan tindakan disiplin kerana menceritakan rahsia parti kepada pemimpin parti pembangkang, terlibat dalam sidang akhbar yang secara terbuka mengkritik kepimpinan parti dan bersekongkol dgn orang yang menyeru agar Presiden parti dikalahkan di kawasan Parlimen beliau dalam pilihan raya umum akan datang. 

4. Tingkah laku Muhyiddin bukan contoh teladan yang baik kepada ahli parti, terutama golongan muda yang baru berjinak-jinak dengan parti. Ia memberi gambaran salah seolah-olah pemimpin UMNO bebas melanggar tata etika dan disiplin parti tanpa dikenakan sebarang tindakan. 

5. Muhyiddin juga tidak mengotakan janji untuk membantu Presiden parti. Selepas digugurkan dari Jemaah Menteri pada 31 Julai 2015, Muhyiddin berkata "Timbalan Presiden Umno adalah untuk bantu presiden Umno, tidak kira siapa perdana menteri termasuk Najib. Saya kena bantu bekerja dan bantu Majlis Tertinggi kerana keadaan (politik) hari ini tidak seperti dahulu."

6. Bagaimanapun tidak lama selepas itu, pada 16 Ogos di Pontian, sewaktu merasmikan Mesyuarat UMNO bahagian, Muhyiddin bukan sahaja TIDAK MEMBANTU PRESIDEN menjelaskan isu, malah mempersoalkan pula Najib. Katanya "Perdana Menteri kata tunggu, tunggu, tunggu. Sampai bila lagi hendak tunggu? Sampai bulan jatuh ke riba?" Pada 7 Oktober, Muhyiddin menuduh "ada tangan ghaib yang melindungi kesalahan 1MDB." Pada 24 Oktober pula Muhyiddin mendakwa seolah-olah ada campur tangan dalam siasatan 1MDB. Malah, Muhyiddin juga pernah bertemu kumpulan moderat G25 pada September 2015 bagi mendapatkan bantuan mereka untuk menentang Najib. Perkara ini didedahkan oleh seorang ahli kumpulan itu, Tawfik Ismail.

7. Selepas digugurkan, tidak nampak pula Muhyiddin turun ke bahagian-bahagian MEMBANTU PRESIDEN menjelaskan isu. Dia lebih banyak bersama Tun M, penyokong Tun M dan bermain golf, termasuk di Indonesia. Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi nampaknya lebih bersungguh-sungguh membantu Presiden dan turun padang menjelaskan isu di negeri-negeri. 

8. Muhyiddin cukup bernasib baik kerana tidak dipecat atau digantung oleh MT semasa mesyuarat pada 24 November 2015.


DATUK SULAIMAN RAZI
Veteran UMNO Johor

2 comments:

jgn jadi bodoh!!! said...

HAHAHA!!! ADA TELOR KE NAK PECAT!! XPAYAH CKP MCM ORG BODOH!! BACUL!!

jgn jadi bodoh!!! said...

HAHAHA!!! ADA TELOR KE NAK PECAT!! XPAYAH CKP MCM ORG BODOH!! BACUL!!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget