KL CHRONICLE: Kerajaan akan pastikan AES dilaksanakan demi keselamatan rakyat

Monday, November 16, 2015

Kerajaan akan pastikan AES dilaksanakan demi keselamatan rakyat


Menyedari bahawa kes kemalangan jalan raya merupakan antara pembunuh nombor satu negara, Menteri Pengangkutan yang juga merupakan Presiden MCA iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai mahu memastikan bahawa Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan selari dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya (Kejara). 



Bagi kami di #KLChronicle, sudah tiba masanya kerajaan bersikap tegas dan melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana terlalu banyak kes kemalangan maut yang berlaku terutamanya di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan beberapa buah lebuhraya yang lain. Lebih menyayat hati, dalam kes kemalangan sedemikian terdapat anak kecil yang menjadi yatim piatu akibat kehilangan kedua ibu bapa. Persoalannya, sampai bila kita hendak "bermain politik" sehingga menggadaikan nyawa insan yang tidak bersalah?

Memetik ucapan Datuk Seri Liow Tiong Lai; 

Kerajaan akan mengumumkan awal tahun depan keputusan mengenai semakan semula secara menyeluruh pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dimana kerajaan mahu memastikan AES dilaksanakan selari dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya (Kejara). 

Bagi kami, Ini adalah selari dengan usaha kerajaan untuk memupuk sikap berhemah kepada pemandu supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. Rakyat tidak seharusnya marah dengan usaha kerajaan ini kerana akhirnya jika kita (rakyat) tidak memandu melebihi had laju kita tidak akan disaman. Mereka yang disaman adalah mereka yang menyalahi undang-undang sahaja. Oleh itu, mengapa kita perlu marah dengan AES jika kita tidak menyalahi undang - undang jalan raya?

1 comment:

Md Zuki Nanyan said...

Aku sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab, menyokong 100% AES dilaksanakan, demi keselamatan pengguna2 jalan raya, memandangkan masih ramai pemandu2 yang x bertanggung jawab menganggap jalan raya ini tempat berlumba, hanya AES yang dapat mendisiplinkan mereka2 ini.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget