KL CHRONICLE: @IsmailSabri60 : Jangan cap saya rasis kerana bela Bumiputera

Thursday, November 12, 2015

@IsmailSabri60 : Jangan cap saya rasis kerana bela Bumiputera


Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau tidak seharusnya dicap sebagai rasis semata-mata kerana menyuarakan kepentingan Melayu dan Bumiputera.



Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu menegaskan beliau akan terus membela nasib orang Melayu dan Bumiputera tanpa menindas kepentingan kaum lain.

"Mungkin saya telah dicop rasis tetapi prinsip saya senang...kita bela kaum kita dan jangan tindas kaum lain. Selagi itu dilakukan, bagi saya tidak ada salah dengan apa yang saya lakukan.

"Jika pemimpin Cina mahu bercakap mengenai kaum tersebut, silakan, tiada masalah tetapi bila saya sebut tentang Melayu jangan anggap saya rasis," katanya mengulas kenyataan anggota jawatankuasa pusat MCA Datuk Lua Choon Hann semalam yang menuduhnya menggunakan isu rokok elektronik atau vape sebagai isu perkauman.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan majlis konvokesyen Kolej Universiti Agrosains Malaysia kali ke-14 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata sebagai rakan komponen Barisan Nasional, MCA sepatutnya memahami tanggungjawab beliau sebagai pemimpin UMNO dalam membantu kaum Melayu kerana begitu juga dilakukan oleh parti komponen lain untuk kaum masing-masing.

Katanya UMNO tidak ada masalah jika MCA cuba berbuat sesuatu untuk kaum Cina malah adakalanya sedia bekerjasama untuk tujuan itu.

Ismail Sabri menggesa Lua berhenti melabelkan dirinya sebagai rasis sebaliknya fokus kepada usaha menarik lebih ramai pengundi Cina menyokong MCA dan BN.

Beliau berharap Kementerian Kesihatan dapat segera bertemu dan berbincang bersama peniaga-peniaga vape, bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap isu berkenaan.

2 comments:

abadi romeo said...

Siapa lagi yang harus membela bangsa sendiri kalau bukan pemimpin Melayu.Membela dengan mempertahankan hak-hak sebagai kaum majoriti dan peribumi selagi ianya tidak mengambil hak kaum lain .Susahlah jika berkata tentang survival kaum dikira rasis.

Minta jasa baik tuan pautkan link blog saya yang kerdil ini

http://zulcomz.blogspot.my/

terima kasih..tq.

Hamdan said...

Sebagai seorang pemimpin bangsa Melayu dan Bumiputra DS dituntut bercakap dan membela kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputra.

Kalau bukan DS dan pemimpin Melayu lain siapa lagi.

Apa orang lain nak kata teruskan.

Yang penting DS mempunyai tanggungjawab bercakap dan membela bangsa Melayu dan Bumiputra yang sentiasa dipandang "hina" pihak-pihak tertentu.

Hidup Melayu

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget