KL CHRONICLE: #DemiRakyat Hampir 1,000 pemandu teksi ikrar beri perkhidmatan terbaik & mematuhi undang-undang

Saturday, November 14, 2015

#DemiRakyat Hampir 1,000 pemandu teksi ikrar beri perkhidmatan terbaik & mematuhi undang-undang




Buat julung-julung kalinya, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama hampir 1,000 lebih pemandu teksi telah berhimpun didalam sebuah "Majlis Intreaksi Industri Pemandu Teksi Bersama SPAD" bertempat di Perkarangan Platinum Sentral pagi tadi. 



Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk mengumpulkan pemandu teksi, pengusaha syarikat serta persatuan teksi duduk semeja dengan SPAD dalam membincangkan isu-isu berkaitan industri teksi dan bagaimana industri ini boleh dipertingkatkan sekaligus membantu pemandu teksi mendapat pendapatan yang lebih. 

Susulan daripada majlis ini, 4 resolusi telah dipersetujui oleh semua pihak seperti dibawah:


Bagi kami di #KLChronicle, langkah proaktif yang diambil SPAD ini wajar diberi pujian. Sebelum ini timbul isu yang dibangkitkan oleh segelintir pemandu teksi 'kononnya' SPAD tidak berjumpa dengan mereka. Hari ini, perkara ini sudah tidak lagi menjadi isu. 


Kami berharap dengan ikrar yang diambil oleh pemandu teksi hari ini, akan wujud satu win-win situation bagi semua pihak sekaligus menyenangkan rakyat. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget