KL CHRONICLE: Ahli Parlimen Kota Tinggi Proaktif, mahu jalan FT092 dinaik taraf #Bajet2016

Saturday, November 21, 2015

Ahli Parlimen Kota Tinggi Proaktif, mahu jalan FT092 dinaik taraf #Bajet2016



Menyedari bahawa jalan FT 092 yang menghubungkan Bandar Penawar dan Kota Tinggi kini menjadi jalan utama bagi penduduk kawasan setempat dan juga kontraktor projek Pengerang Integrated Complex (PIC),  Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid mahukan jalan ini dinaiktaraf sejajar dengan kegunaanya pada masa kini. 


Hasrat ini telah beliau sampaikan ketika perbahasan menyokong Bajet 2016 baru-baru ini didalam parlimen. Beliau berharap jalan FT 092 ini dapat dinaiktaraf kepada jalan 4 lorong berbanding jalan dua lorong yang ada pada masa kini. Ini adalah untuk keselesaan dan juga keselamatan para pengguna jalan raya. 

Bagi kami di #KLChronicle, kami menyambut baik cadangan yang diusulkan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi ini. Ini kerana jumlah kenderaan yang akan menggunakan jalan FT092 dalam beberapa bulan akan datang akan selari dengan projek RAPID sekaligus perlu dinaiktaraf bagi kesenangan semua. 

Malah, dengan menaikkan taraf jalan FT092 ini Bandar Penawar dan Kota Tinggi dapat menarik lebih ramai pelancong untuk melawat tempat - tempat menarik dan bersejarah yang sedia ada. Walaupun kami di Kuala Lumpur, kami gembira bahawa terdapat Ahli Parlimen yang proaktif seperti Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid. 

Beliau sememangnya seorang yang melihat kehadapan dan bersikap proaktif dalam menyelesaikan sesuatu perkara sebelum ianya menjadi satu masalah kepada penduduk. Orang Kota Tinggi memang bernasib baik mendapat beliau sebagai Ahli Parlimen.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget