KL CHRONICLE: Adakah Akmal Nasir mula goyah dalam isu #YAPEIM?

Monday, November 16, 2015

Adakah Akmal Nasir mula goyah dalam isu #YAPEIM?



Pemimpin PKR Johor yang merupakan Pengarah NGO Pembangkang iaitu Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir membuat laporan polis berhubung dakwaan salah guna wang anak yatim di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) dan mahu menteri yang bertanggungjawab disiasat.


Bagi kami di #KLChronicle, tujuan utama Akmal membuat laporan polis sebenarnya adalah untuk menyelamatkan diri beliau jika beliau disaman oleh Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 


Ini kerana jika beliau (Akmal) disaman oleh DS Jamil Khir kerana memfitnah, Akmal akan menggunakan siasatan polis sebagai alasan untuk menagguhkan kes saman inj dan sekaligus persepsi bahawa DS Jamil Khir "bersalah" akan terus dimainkan sehingga kes saman ini selesai.

Malah, jika diteliti laporan polis yang dilakukan oleh Akmal, ternyata beliau sebenarnya tidak mempunyai bukti bahawa DS Jamil Khir telah "salah guna" wang YAPEIM namun mahukan pihak polis menyiasat perkara ini 'jika' terdapat salah guna kuasa. 

Ini membuktikan kenyataan serta fitnah Akmal hanyalah bersifat "speculative" or spekulasi dan berniat jahat untuk menjatuhkan imej serta kredibiliti DS Jamil Khir sebagai Menteri kerajaan. 

Berdasarkan fitnah jijik yang dilakukan oleh Akmal Nasir ini, kami berharap pihak polis akan mengambil tindakan menyiasat perkara ini dengan pantas dan telus supaya segala pembohongan Akmal Nasir dapat didedahkan kepada umum dan tindakan keras diambil terhadap beliau.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget