KL CHRONICLE: @Weekasiongmp berharap Bajet 2016 beri fokus kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Friday, October 9, 2015

@Weekasiongmp berharap Bajet 2016 beri fokus kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)




Kami di #KLChronicle menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong yang berharap Bajet 2016 yang akan diumumkan oleh kerajaan dalam beberapa minggu ini akan memberi fokus lebih kepada Industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Secara mudahnya, jika lebih fokus diberikan kepada PKS, ianya akan meningkatkan produktiviti mereka sekaligus meningkatkan pendapatan Rakyat, PKS dan Negara. 



Memetik ucapan Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, dengan memberi lebihan bantuan kepada PKS seperti jaminan modal, pemotongan cukai, rebat dan sebagainya, pendapatan PKS akan bertambah. Apabila pendapatan PKS bertambah, mereka akan membayar cukai yang lebih tinggi. Malah, jika prestasi syarikat PKS bagus, sudah pasti kakitangan mereka juga akan diberikan kenaikkan gaji atau bonus sekaligus menambah pendapatan rakyat. 

Malah, menurut  Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, ketika ini sumbangan PKS kepada Gross domestic product (GDP) pada waktu ini hanya 35.8% dan PM telah berkali-kali mengatakan pada 2020 sumbangan kepada GDP bagi PKS ialah 41%. Untuk mencapai target 41% peratus ini, pelbagai rancakkan aktiviti perlu dilakukan dan sudah pasti "teamwork" yang baik perlu ada antara kerajaan dan juga PKS. 

Bagi kami di #KLChronicle, salah satu cara untuk mencapai target 41% adalah dengan menjadikan "start-ups" atau pun "online shops" yang beroperasi menggunakan internet sebahagian daripada PKS. Untuk menjadikan ini realiti, "online shops" ini harus berdaftar dengan Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM) dimana segala pendapatan mereka didaftarkan dengan kerajaan. 

Dengan ini, bukan sahaja kerajaan dapat membantu "online shops' ini untuk berkembang, malah "online shops" ini akan tertakluk kepada undang-undang negara sekaligus mengelakkan kes penipuan dan sebagainya. Malah, pekerja "online-shops" ini akan juga mendapat perlindungan dari kerajaan dari segi potongan KWSP, bantuan perubatan dan sebagainya. Kini kebanyakan mereka hanya bekerja tanpa dokumentasi yang sah sehingga boleh menyebabkan mereka ditipu majikan. 

Ini hanyalah pendapat kami supaya industri PKS terus berkembang pesat sekaligus memacu ekonomi negara. Kami yakin dengan perkembangan PKS, lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan sekaligus menambah pendapatan rakyat. 










No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget