KL CHRONICLE: Portal Pembangkang Sekali Lagi Kantoi Cuba Fitnah Pemimpin UMNO Johor dalam FELDA

Monday, October 12, 2015

Portal Pembangkang Sekali Lagi Kantoi Cuba Fitnah Pemimpin UMNO Johor dalam FELDA

Fitnah yang dilakukan The Rakyat Post
Baru-baru ini negara digemparkan oleh portal pembangkang antaranya Malaysiakini, The Malaysian Insider dan The Rakyat Post kononnya seorang pemimpin UMNO Johor yang mempunyai jawatan dalam FELDA ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana salahguna kuasa didalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Selepas fitnah ini tersebar, timbul pula ura-ura pemimpin UMNO yang dipanggil adalah Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid yang juga merupakan Ahli Lembaga FELDA. 


Fitnah yang dilakukan Malaysiakini
Menyedari bahawa nama beliau "dikaitkan" dengan isu ini, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid telah dengan tegas dan pantas mengeluarkan kenyataan melalui Applikasi WhatsApp iaitu:

"Saya tidak pernah dipanggil sehingga hari ini. Tanyalah orang yang melaporkan dan tanyalah SPRM"

"Saya tak buat salah apa-apapun, jadi apa nak dibimbangkan. Malah saya sedia berikan kerjasama jika diminta"

Bagi kami di #KLChronicle, portal-portal pembangkang kini semakin terdesak untuk menyerang kerajaan sehinggakan bukan sahaja Perdana Menteri, malah Ahli Parlimen UMNO juga diserang dengan hebat hanya untuk membangkitkan kemarahan serta kebencian rakyat terhadap kerajaan. Malah, jika dilihat dari komen di Malaysiakini, rata-rata mereka "membalun" kerajaan tanpa menyemak fakta yang ada. Ini sebenarnya apa yang Malaysiakini nak. 

Oleh itu, kami di #KLChronicle merayu kepada pembaca supaya jangan mudah percaya dengan portal-portal pembangkang ini. Apa yang mereka mahukan adalah supaya kerajaan Barisan Nasional ditunjangi UMNO tumbang dan digantikan dengan Cina Chauvinist DAP. Adakah kita mahu ini berlaku?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget