KL CHRONICLE: PETEKMA Puji SPAD, Serah Memorandum Mengandungi 4 Perkara kepada PM @NajibRazak

Sunday, October 18, 2015

PETEKMA Puji SPAD, Serah Memorandum Mengandungi 4 Perkara kepada PM @NajibRazak


Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi/Limosin Dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) telah memuji usaha yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk membanteras operasi pengangkutan awam yang menggunakan aplikasi atas talian UBER, GrabCar dan seumpamanya. Kami di #KLChronicle juga telah menulis tentang kejayaan SPAD bagi membanteras isu ini dan anda boleh membacanya disini. #DemiRakyat Berikut adalah kejayaan SPAD sepanjang tahun 2015 [http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/10/demirakyat-berikut-adalah-kejayaan-spad.html].



Selain isu berkaitan UBER, GrabCar dan lain-lain, PETEKMA juga telah menghantar satu memorandum kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat (4) perkara yang mereka mahu pertimbangan kerajaan dalam #Bajet2016. Empat (4) perkara tersebut adalah:

1.   Pengurangan atau penundaan kenaikan harga NGV
2.   Pengurangan harga tol dalam bandar
3.   Pengurangan GST untuk pengangkutan awam
4. Mengharamkan aplikasi atas talian yang digunakan oleh UBER, GrabCar dan seumpamanya melalui SKMM. 

Bagi kami di #KLChronicle, langkah yang diambil oleh PETEKMA ini adalah amat baik. Mereka berusaha menyiapkan satu memorandum dan secara rasminya menyerahkan kepada kerajaan (Perdana Menteri) untuk pertimbangan. Ini sangat berbeza dengan sekumpulan pemandu teksi diketuai oleh Ahli Parlimen DAP Charles Santiago yang telah berdemo di hadapan pejabat SPAD Kelana Jaya. Kami di #KLChronicle juga telah menulis tentang perkara ini disini. Sikap Ahli Parlimen DAP & Pemandu Teksi seperti "samseng jalanan" - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/10/sikap-ahli-parlimen-dap-pemandu-teksi.html#sthash.ExqmYdxx.dpuf

Secara peribadi, kami merasa keperitan yang dihadapi oleh pemandu teksi PETEKMA dimana kenaikkan harga NGV, tol dalam bandar dan GST telah mengurangkan pendapatan mereka. Malah, jika dikira dengan perkhidmatan UBER, GrabCar dan lain-lain pendapatan mereka teruk terjejas. Oleh yang demikian, kami rasakan memorandum yang diberi oleh PETEKMA wajar dan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh kerajaan.

Apa yang menariknya tentang tuntutan PETEKMA ini adalah mereka bukan meminta untuk kadar tambang teksi dinaikkan, ini kerana kerajaan telah menaikkan tambang teksi sebelum ini. Apa yang mereka mahukan adalah pengurangan kos operasi mereka supaya pendapatan mereka dapat berada di paras yang selesa dan juga rakyat tidak terbeban dengan tambang teksi yang tinggi. Bagi kami, tindakan dan tuntutan PETEKMA ini wajar dipuji. Diharap akan ada win-win situation bagi semua pihak. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget