KL CHRONICLE: PENDEDAHAN : Jom Kenali Siapa Disebalik Konsesi TOL?

Monday, October 12, 2015

PENDEDAHAN : Jom Kenali Siapa Disebalik Konsesi TOL?


Lebuh raya yang terbabit ialah Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) , Lebuh Raya Sprint , Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) ,Lebuh Raya Maju (MEX) , Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA) , Lebuhraya SMART dan Sistem Lingkaran Lebuh Raya Kajang (SILK).




Penulis pernah menulis beberapa artikel berkaitan dengan tol , mungkin ramai yang tak tahu bahawa kerajaan Selangor memegang saham beberapa konsesi lebuhraya ini melalui syarikat2 milik kerajaan negeri Selangor . Berikut adalah petikan dari artikel yang pernah ditulis dulu , untuk update terkini masih tak dapat dipastikan peratusan % saham.

Fakta mengenai Lebuhraya Toll yg perlu diketahui.....

1 ) Eastern Dispersal Link - Toll di hapuskan 100% - Pemegang Saham utama MRCB (KWSP pemegang saham utama)

2 ) New Pantai Expressway - Toll Kpg Medan dihapuskan - Pemegang Saham utama IJM

3 ) Kajang - KL (Grand Saga) - Kerajaan Pusat mengurangkan 50% drpd toll...terpulang kpd Pemegang Saham (Taliworks i.e KDEB/KPS/MB Slgr Inc ) utama utk menghapuskan terus.

4 ) KESAS Highway - PKNS (PR) adalah diantara Pemegang Saham...belum ada2 ura nak kurangkan atau hapuskan toll.

5 ) SPRINT Highway - KPS (PR) adalah diantara Pemegang Saham...sama spt KESAS belum ada2 ura nak kurangkan atau hapuskan toll.

6) GCE Highway - pada asalnya di miliki oleh Guthrie semasa Khalid CEO semasa Umno....terpaksa di ambil alih oleh Prolintas (PNB) kerana masaalah aliran traffic yg tak mencukupi.

7) Mana2 Toll Highway yg PLUS Pemegang Saham utama (NS, ELITE, NKVE, Seremban-PD, Kulim Butterworth)

8 ) Begitu juga Toll Highway dibawah Prolintas (AKLEH, GCE, SKVE, LKSA)

9) LDP pemilik konsesi LITRAK

Satu ketika dulu ,Khalid Ibrahim, mantan Menter Besar Selangor dalam kenyataan beliau di media (3 May 2012) menyatakan bahawa perjanjian konsesi lebuhraya di Selangor pada masa hadapan akan memasukkan terma 'exit clause'. Dalam erti kata yang lain , apabila keuntungan yang ingin dicapai telah diperoleh , maka pemilikan lebuhraya akan dipindahkan kepada kerajaan Selangor.

Contoh yang diberikan oleh Khalid Ibrahim ialah sekiranya keuntungan yang ingin dicapai telah diperoleh dalam tempoh 25 tahun dengan aliran trafik yang banyak , maka tempoh konsesi selama 40 tahun akan terbatal dan pengurusan lebuhraya akan diserahkan kepada kerajaan Negeri Selangor. Khalid Ibrahim pada masa yang sama juga bernada mengugut apabila mengatakan sekiranya ada syarikat yang tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan maka kerajaan Selangor tidak akan memberi kelulusan dalam mendapatkan tanah bagi pembinaan lebuhraya.

Oleh yang demikian , dengan anggapan kadar tol akan dinaikkan tak lama lagi, dari pemimpin2 PR lain bising2 tentang kenaikan harga tol ini, apa kata cuba buat apa yang Khalid Ibrahim pernah cadangkan satu ketika dulu, desak konsesi2 di mana kerajaan negeri Selangor pun ada pegangan saham di dalamnya. macam KESAS dan SPRINT tu . Secara peribadi memang lah penulis pun tak berapa setuju dengan kenaikan tol. Cuma kerajaan Selangor pimpinan PR yang ada kepentingan dalam tol seperti Kesas, Sprint & Grand Saga pun jangan buat2 bodoh, kan dah dipamerkan di atas tol di KESAS dan SPRINT pun akan dinaikkan jugak!

Apa tunggu lagi , takkan sebagai antara pemegang saham besar dalam konsesi tak boleh nak buat apa2?

Tol naik hanya melibatkan konsesi tol yang berada hanya dalam bumi Selangor yang mana di miliki konsesi konsesi tol ini oleh kerajaan negeri melalui perolehan royalty yang akhirnya masuk ke kantung poket kerajaan negeri Selangor melalui penguasaan parti  DAP.

PLUS Utara Selatan dah pun keluarkan kenyataan tak terlibat dengan kenaikan dalam bumi selangor walaupun jalurnya PLUS ni ada melalui sebahagian besarnya dalam bumi Selangor.

Maknanya bukan semua tol terlibat melainkan HANYA TOL DALAM BUMI SELANGOR YG DI KUASAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

Jadi inilah masanya peluang Pakatan Rakyat membuktikan pada rakyat yang jika mereka memang kalau ingin membela nasib rakyat maka eloklah kerajaan negeri

8 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Orang lain pun ada tunai, cash is king...

Sendiri mau ingat !!!

Unknown said...

Knpa BN tak cakap konsesi tol ini kepunyaan PR. Suruh BN fightlah.. ataupun kamu kelentong

Unknown said...

Tembelang dah terbuka...

MDS TECH SOLUTIONS said...

Bila dh tak dapat tunaikn janji mula la cari kambing hitam. Kalau tahu kerjaan selangor yg punya kuasa kenapa pulak BN yg sibuk nk buat janji. Isunya skrg kerajaan BN tak ada duit dn terpaksa naikkn tol. Kalau tak langgar perjanjian konsesi

Unknown said...

politik ni depa bolih janji apa2 utk dapat sokong n menang...janji kencing ke tidak tu certa lain laa, yg penting depa dah dapat kuasa...bn ke pr ke, sama aja politik memang kuat kencing...bn pon kencing pr pon kencing

adriadra said...

Hahahaha... Citer kartun.. Exit clause tu valid ke unt konsesi yg dah berjalan? Jalan tu jalan negeri atau jln persekutuan.. Siapa pemilik jalan tu? Kerajaan PR Selangor/ taikun rapat BN? Hahaha.. Citer kartun.. Yang kena tipu rakyat..

Din said...

Kalau highway baru,blh la masuk exit clause tu.yg lama mana boleh dol.

Unknown said...

Jangan la jadi Bangang! Dulu Kerajaan Selangor under UMNO@BN...so semua Tol yg berkaitan minoritinya adalah Kerajaan Selangor under UMNO@BN la....BILA PRU13 UMNO@BN disingkirkan dari berkuasa di Selangor....maka automatic la Share minoriti Tol under Kerajaaan Selangor milik Pakatan Rakyat. Tolol!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget