KL CHRONICLE: MT UMNO Mahu Polis & SPRM Siasat Kes Penjualan Maklumat Siasatan #1MDB

Wednesday, October 14, 2015

MT UMNO Mahu Polis & SPRM Siasat Kes Penjualan Maklumat Siasatan #1MDB

Anggota Bank Negara dipercayai menjual/membocorkan maklumat kepada pihak luar negara
KENYATAAN AKHBAR KEBOCORAN MAKLUMAT SIASATAN BANK NEGARA TERHADAP 1MDB.

Kebocoran dan penjualan maklumat siasatan adalah perbuatan mensabotaj yang tidak boleh dimaafkan.




Pada 12 Oktober 2015, sekali lagi terjadi insiden kebocoran dan/atau penjualan maklumat siasatan daripada pihak berkuasa yang bertanggung jawab menyiasat 1MDB.

Dalam rencana terbaru Sarawak Report, mereka telah secara jelas menyebut bahawa mereka menerima dokumen siasatan berkaitan 1MDB dari Bank Negara Malaysia (BNM). Saya amat berdukacita mengapa BNM masih membisu sehingga hari ini mengenai perkara mustahak yang begitu membimbangkan seperti ini.

Ini adalah kali ke-4 kebocoran maklumat siasatan berkaitan 1MDB berlaku.

Insiden pertama pada 2 Julai 2015 diakui oleh Wall Street Journal (WSJ) di dalam artikel mereka yang menyebut bahawa WSJ telah melihat dokumen siasatan dari penyiasat kerajaan. Insiden kedua berlaku pada 9 September 2015, dimana WSJ mengakui telah melihat draf laporan interim siasatan oleh Jabatan Audit Negara. Insiden ketiga diakui oleh Sarawak Report pada 11 Oktober 2015, dengan menyebut bahawa dokumen diperolehi dari BNM.

Pada 14 September 2015, saya telah mendesakpihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat akaun semua ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memastikan bahawa tidak berlaku sebarang transaksi kewangan penjualan maklumat siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada media asing, Wall Street Journal (WSJ).

Saya amat yakin bahawa terdapat kes penjualan maklumat dan bukan sekadar pembocoran biasa kerana saya percaya ada pihak yang cuba mendapat keuntungan demi kepentingan peribadi dan politik.

Sebelum ini pihak polis telah menyiasat insiden kebocoran dan penjualan maklumat di kalangan pasukan petugas khas. Malangnya siasatan polis ini telah ditangguhkan kerana terdapat anggota pasukan petugas khas yang tidak mahu pegawai mereka disiasat walaupun ada kecenderungan pegawai mereka terlibat.Apa sudah jadi dengan pasukan penyiasat di kalangan agensi di dalam negara apabila mereka tidak lagi mempunyai integriti dan tidak berpegang kepada sumpah menyimpan rahsia? 

Perbuatan membocorkan dan menjual maklumat siasatan sebelum siasatan dimuktamadkan bukan sahaja tidak adil terhadap pihak yang dituduh, tetapi juga boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap ekonomi negara. Ia juga boleh dianggap sebagai satu sabotaj dan cubaan mensabotaj ekonomi negara.

Saya difahamkan bahawa 1MDB telah membuat laporan polis pada 12 Oktober 2015 mengenai pembocoran dan/atau penjualan maklumat. Saya mendesak pihak PDRM dan SPRM untuk membuka penyiasatan segera dan terperinci dari setiap sudut, termasuk keatas akaun bank semua ahli PAC, anggota BNM dan mana-mana pihak lain yang disyaki terlibat dengan perbuatan membocor dan menjual maklumat peribadi dan rahsia.

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO

2 comments:

Rozai CBR said...

Apscerita dulu kata maklumat2 1mdb yg dikeluarkan itu palsu?....

Rozai CBR said...

Apscerita dulu kata maklumat2 1mdb yg dikeluarkan itu palsu?....

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget