KL CHRONICLE: Kini @DrWanAzizah panggil @AzminAli jawab isu tol #LangkahRawang

Wednesday, October 28, 2015

Kini @DrWanAzizah panggil @AzminAli jawab isu tol #LangkahRawang


Ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mendapatkan penjelasan daripada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berhubung tindakan beliau yang dikatakan meluluskan pembinaan 3 lebuh raya di negeri itu.

Beliau yang juga presiden PKR itu berkata, akan mendapatkan penjelasan Azmin, juga timbalan presiden parti itu, ketika sesi pembentangan Belanjawan Selangor pada Jumaat.



"Saya akan tanya dengan lebih rapat apa yang sebetulnya berlaku. Jumaat akan ada Belanjawan Selangor.

 "Saya akan minta dia jelaskan kepada parti. Saya nak tahu status," kata Dr Wan Azizah kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. – 28 Oktober, 2015.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget