KL CHRONICLE: Kementerian Pendidikan Menjawab Fitnah Pembangkang kononnya Bajet Pendidikan dipotong dalam #Bajet2016

Sunday, October 25, 2015

Kementerian Pendidikan Menjawab Fitnah Pembangkang kononnya Bajet Pendidikan dipotong dalam #Bajet2016

"PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2015-20125)

Sektor pendidikan di Malaysia merupakan sektor yang sering menerima peruntukan terbesar daripada bajet negara, kira-kira 20% daripada jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan setiap tahun.

Jumlah peruntukan"PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2015-20125)

Sektor pendidikan di Malaysia merupakan sektor yang sering menerima peruntukan terbesar daripada bajet negara, kira-kira 20% daripada jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan setiap tahun.

Jumlah peruntukan yang disediakan ini merupakan dua kali ganda nilai yang disalurkan dari negara-negara ASEAN yang lain (3.8% berbanding 1.8% daripada GDP)

Walaupun kerajaan telah membelanjakan nilai yang lebih tinggi berbanding negara lain, pencapaiannya tidak begitu memberangsangkan dan kita sepatutnya boleh menghasilkan sesuatu yang lebih baik lagi.

Oleh itu, Malaysia telah memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025) yang mementingkan kualiti dan berbaloi dengan peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan, bukan sekadar produk graduan yang 'suam-suam kuku' walaupun peruntukan yang diberi setiap tahun semakin tinggi.

Salah satu kunci utama pelan ini ialah mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan dan untuk pihak IPT menjalinkan kerjasama erat dengan sektor swasta disamping menguruskan dana tajaan mereka sendiri.

Pendekatan ini sama dengan apa yang telah dilaksanakan oleh univesiti-universiti di AS, dimana biasiswa dan penyelidikan yang dilakukan mereka ditaja oleh sektor swasta yang mempunyai kaitan dengan bidang berkenaan seterusnya membolehkan penyelidikan yang dilakukan mempunyai nilai komersial.

Pendekatan baru yang melibatkan tajaan daripada pihak swasta membolehkan syarikat berkenaan memilih pelajar yang berkaitan dengan bidang mereka dan memberi idea penyelidikan yang relevan kepada graduan supaya mereka mempunyai tempat di dalam industri berkenaan sekaligus meletakkan nilai komersial kepada hasil inovasi dan penyelidikan graduan. 

Pengurangan dana kerajaan kepada sektor pengajian tinggi telah bermula pada tahun 2015 dan akan diteruskan pada tahun 2016 - ini merupakan satu langkah yang sengaja diambil oleh kerajaan.

Namun begitu, ini tidak bermakna kadar yuran untuk pelajar Malaysia akan meningkat. Sebaliknya yuran pelajar antarabangsa akan meningkat dan semua universiti telah diarahkan untuk memastikan kos pendidikan tinggi bagi pelajar Malaysia adalah rendah.

Terpulanglah kepada pihak universiti untuk mengambil peluang ini untuk bekerjasama dengan sektor swasta dalam usaha meningkatkan kadar kecekapan serta menurunkan kos pengurusan disamping mengeluarkan produk graduan tempatan yang lebih bermutu.

Sudah tentu pihak pembangkang akan mengambil peluang daripada langkah drastik yang dilakukan kerajaan untuk mengelirukan rakyat yang tidak begitu memahami konsep pelan pendidikan ini.

Mereka lebih suka jika kerajaan berterusan mengeluarkan belanja dengan jumlah dua kali ganda berbanding negara-negara jiran yang lain - kepada institut-institut pendidikan tinggi dan hanya terus berharap sesuatu yang baik akan berlaku.

Jika pendekatan lama ini tidak memberi hasil seperti yang diharapkan sejak dua dekad yang lalu, maka sudah pasti hasilnya tetap sama untuk dua dekad yang akan datang.

Atau adakah anda mahu mencuba satu pendekatan baru dalam pelan pendidikan yang telah dibuktikan keberkesanannya dalam meningkatkan hasil sektor pendidikan tinggi di negara-negara yang lain?"

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/public-universities-to-raise-own-funds-says-source yang disediakan ini merupakan dua kali ganda nilai yang disalurkan dari negara-negara ASEAN yang lain (3.8% berbanding 1.8% daripada GDP)

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/public-universities-to-raise-own-funds-says-source

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget