KL CHRONICLE: Jom Ketahui 8 Modul Baru PLKN 2.0 yang akan bermula 18 Januari Tahun Depan

Tuesday, October 20, 2015

Jom Ketahui 8 Modul Baru PLKN 2.0 yang akan bermula 18 Januari Tahun Depan


Pelbagai spekulasi telah bermain di media sosial berkaitan dengan modul baru Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan dilaksanakan oleh Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) pada tahun hadapan. Namun, kali ini kami di #KLChronicle telah mendapat maklumat yang sahih bahawa akan terdapat 8 modul baru bagi kem PLKN bermula pada 18 Januari yang akan datang. 



Setelah ditangguh selama setahun, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid telah mengumumkan lapan (8) modul baharu tersebut iaitu:

  1. Malaysiaku 
  2. Cakna Negara
  3. Pembangunan Diri
  4. Khidmat Masyarakat
  5. Kerjayaku
  6. Cergas Tangkas
  7. Bicara Tekno 
  8. Kerohanian.

Malah,menyedari hakikat bahawa PLKN sebelum ini mengambil masa yang agak lama iaitu selama 12 minggu, latihan kali ini hanya mengambil masa lapan minggu. Ini bertujuan untuk memastikan program yang dilakukan lebih "compact" dan mencapai objektif yang diharapkan. Selain itu, ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengawal perbelanjaan memandangkan suasana ekonomi yang tidak menentu. 

Bagi mereka yang khuatir bahawa modul baru ini telah "lari" dari objektif asal PLKN, sebenarnya anda tidak perlu risau kerana modul-modul ini masih membawa tiga teras utama PLKN, iaitu cintakan negara, perpaduan dan kesukarelaan. Ini adalah sejajar dengan prinsip Rukun Negara. Bagi memastikan program PLKN 2.0 berjalan lancar pada tahun hadapan, satu projek perintin PLKN 2.0 telah dilaksanakan di Kem Princess Haliza di Sepang pada 17 Oktober ini bagi melihat keberkesanannya. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget