KL CHRONICLE: Jom Ketahui 10 Strategi Hala Tuju Ekonomi MCA untuk membantu rakyat

Sunday, October 11, 2015

Jom Ketahui 10 Strategi Hala Tuju Ekonomi MCA untuk membantu rakyat

Liow-Tiong-Lai-MCA

Umum ketahui bahawa keadaan ekonomi negara kita kini berada dalam keadaan yang kurang memberangsangkan ekoran kejatuhan harga komoditi dunia. Antara harga komoditi dunia yang kini jatuh sekaligus memberi impak besar kepada negara adalah dari sektor minyak & gas serta minyak sawit. Apabila harga komoditi jatuh, sudah pasti pendapatan kerajaan juga berkurang sekaligus mengurangkan perbelanjaan kerajaan.



Menyedari hakikat ini, Malaysian Chinese Association (MCA) telah mengambil beberapa langkah proaktif untuk membantu masyarakat tidak kira bangsa Cina atau sebaliknya. Dibawah kepimpinan baru MCA yang diketuai oleh Dato Seri Liow Tiong Lai dan Dato Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong,  usaha transformasi telah dilaksanakan di mana ianya diberi nama "10 Strategi Hala Tuju Ekonomi". 

10 Strategi Hala Tuju Ekonomi ini melibatkan 10 golongan sasar yang dikenal pasti sebagai mereka yang memerlukan bantuan oleh MCA dan kerajaan. Kumpulan sasar ini sudah dikenalpasti sejak tahun lepas oleh barisan kepimpinan MCA bagi memformulasikan ’10 Hala Tuju Strategi Ekonomi’ di bawah pelan tersebut. Strategi formulasi ini melibatkan perkara-perkara berikut:

a. Modernisasi bagi sektor pertanian
b. Inisiatif ‘One Belt One Road’(OBOR)
c. Pendidikan vokasional
d. Industri kayu
e. Penjaja dan peniaga kecil
f. Pelancongan
g. Teknologi Maklumat
h. Pengangkutan dan logistik
i. Pembiayaan kewangan; dan
j. Neo Urbanisasi 

Bagi kami di #KLChronicle, langkah MCA untuk menjadi pemudahcara dan membantu rakyat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini wajar dipuji dan diikuti oleh parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain. Sikap kepimpinan MCA kali ini yang juga tidak mengira kaum dalam membantu masyarakat juga wajar dicontohi oleh parti komponen lain.

Apa yang menarik perhatian kami di #KLChronicle adalah pakar-pakar strategi MCA berjaya mewujudkan pelan transformasi yang melibatkan pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain secara komprehensif dan inklusif bagi menarik semula sokongan rakyat Malaysia amnya dan masyarakat Cina khasnya. Alangkah ruginya jika segala usaha baik yang dilakukan oleh MCA gagal dihargai oleh masyarakat Cina di negara ini. Ini kerana secara jujurnya, kami percaya MCA adalah parti yang terbaik bagi mewakili kepentingan kaum Cina di negara ini. 

1 comment:

Unknown said...

MCA dan DAP sama sahaja x boleh dipercayai. Semuanya telunjuk lurus kelingking berkait.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget