KL CHRONICLE: Hamid Bador Kini Desak Ganii Patail Pulak Dah

Monday, October 5, 2015

Hamid Bador Kini Desak Ganii Patail Pulak Dah



Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) yang kini merajuk dengan kerajaan, Hamid Bador, dalam surat terbukanya kepada Putrajaya mempersoalkan mengapa bekas peguam negara itu hanya "diam membisu seribu bahasa". Namun, yang peliknya kenapa Putrajaya pula yang dipersoalkan dan soalan tersebut tidak ditanya terus kepada Gani Patail.?



Menurut Hamid, dalam pertemuan terakhirnya bersama Gani sebelum dipindahkan, bekas peguam negera itu tegas mengenai kes tersebut dan mengatakan kes itu "sangat jelas".

Hamid mempersoalkan mengapa Gani mendiamkan diri seribu bahasa selepas dipecat dan beliau difahamkan, bekas peguam negara itu diugut agar tidak melawan. Namun tidak ada sebarang bukti yang dikemukakan oleh Hamid untuk mengesahkan dakwaan beliau.

"Kononnya Tan Sri mempunyai skandal atau salah laku yang boleh digunakan oleh mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak umum.

"Come on, Tan Sri, apalah sangat dengan skandal peribadi yang kecil walaupun ia benar. Namun, Hamid tidak menyatakan skandal apa yang melibatkan Gani Patail sehingga beliau (Gani) kini berdiam diri.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget