KL CHRONICLE: Bekas bos SB dakwa Cina jadi sasaran untuk alih isu 1MDB pulak dah

Sunday, October 4, 2015

Bekas bos SB dakwa Cina jadi sasaran untuk alih isu 1MDB pulak dah

Bekas timbalan ketua pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador mendakwa terdapat pihak berkuasa yang ‘sanggup berbuat apa saja’ untuk mengalihkan perhatian daripada isu 1Malaysia Development Berhad termasuk menggunakan isu perkauman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Oktober, 2015.
Akibat dilucutkan jawatan, Hamid Bador yang kecewa kini mula menyerang kerajaan
Kaum Cina kononnya menjadi sasaran sebagai usaha untuk mengalihkan perhatian daripada kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata bekas timbalan ketua pengarah Cawangan Khas (SB) yang kecewa Datuk Abdul Hamid Bador dalam satu surat terbukanya kepada Putrajaya.



Dalam surat terbukanya, Hamid mendakwa tanpa bukti yang kukuh bahawa mereka yang berkuasa "sanggup berbuat apa saja" untuk mengalihkan perhatian daripada isu 1MDB termasuk menggunakan isu perkauman.

"Serentak dengan usaha itu, mereka menggunakan strategi mengelirukan rakyat dengan mencipta skrip basi yang tidak masuk akal kononnya wujud konspirasi untuk menggulingkan kerajaan.

 "Siapa yang nak gulingkan kerajaan? Kononnya orang-orang Cina nak rampas kuasa. Daripada isu jenayah pecah amanah dah bertukar pula jadi isu perkauman," tulisnya dalam surat terbuka itu.
Pada 16 September, perhimpunan "baju merah" dianjurkan untuk mempertahankan maruah Melayu disebabkan perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan berhubung skandal 1MDB dan dihadiri majoriti Cina.

"Siapalah agaknya penasihat strategi 'perompak' ini ye. Hamid melabel Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "perompak" tanpa mengemukakan sebarang bukti.



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget