KL CHRONICLE: Ahli Politik Terkenal buat laporan polis terhadap @TonyPua

Sunday, October 18, 2015

Ahli Politik Terkenal buat laporan polis terhadap @TonyPua



Seorang pemimpin akar umbi PKR membuat laporan polis terhadap anggota parlimen DAP Tony Pua kerana didakwa menuduhnya samseng yang mengganggu sidang media wakil Petaling Jaya Utara itu.



Murali Subramaniam, setiausaha PKR Kelana Jaya, dalam laporannya berkata, beliau hadir dalam acara itu atas permintaan penjaja gerai Deepavali yang tidak puas hati dengan perpindahan tempat mereka mencari makan.

“Dalam Facebook beliau membuat banyak tuduhan-tuduhan palsu dan fitnah terhadap saya.

“Saya seorang ahli politik yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia, khususnya di kalangan kaum India Malaysia.

“Tuduhan-tuduhan palsu yang ditulis oleh Tony Pua dalam Facebook beliau telah menjatuhkan reputasi saya,” katanya.

Beliau juga berkata dinasihatkan peguam untuk menyaman malu Pua dan laporannya hari ini bertujuan ke arah itu.

Murali merujuk kepada lawatan Pua ke tapak bazar di Sungai Way, Petaling Jaya.

Dalam Facebook beliau, Pua mendakwa terdapat peniaga diberhentikan daripada berniaga oleh kumpulan samseng diketuai oleh Murali dan seorang lagi individu.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget