KL CHRONICLE: Wujud Komplot Terancang Jatuhkan Kerajaan Barisan Nasional

Tuesday, September 8, 2015

Wujud Komplot Terancang Jatuhkan Kerajaan Barisan Nasional


Pendedahan terbaru komunikasi WhatsApp dan e-mel di antara Xavier Andre Justo dengan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown membuktikan kewujudan komplot terancang untuk menjatuhkan kerajaan dan Datuk Seri Najib Razak.



Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, berkata pendedahan itu menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia untuk bersatu menentang musuh negara yang tidak senang dengan kejayaan Perdana Menteri.

“Peliknya, Brown tidak cuba menjatuhkan pemimpin di negaranya, sebaliknya dengan angkuhnya mahu mengubah masa depan Malaysia,” katanya kepada BH, semalam.

Penjajahan bentuk baharu

Mohd Sharkar berkata, ini bukan kali pertama Sarawak Report mahu menjatuhkan pemimpin negara, kerana sebelum ini beliau turut terbabit dalam usaha untuk menjatuhkan bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Baca lanjut artikel ini di http://www.tv14.my/2015/09/08/wujud-komplot-terancang-jatuhkan-kerajaan/

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget