KL CHRONICLE: @weekasiongmp : Pakatan Harapan, aneh lagi ganjil

Wednesday, September 23, 2015

@weekasiongmp : Pakatan Harapan, aneh lagi ganjil



Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini melahirkan rasa terkilan beliau dengan penubuhan satu gabungan parti politik pembangkang yang dipanggil Pakatan Harapan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang telah terkubur setelah DAP memutuskan hubungan dengan PAS.


Lebih aneh serta ganjil lagi adalah sikap hipokrit yang ditunjukkan DAP & PKR apabila masih menyimpan pemimpin PAS sebagai rakan dalam kerajaan Negeri Selangor walaupun secara terbuka menghina kepimpinan tertinggi PAS serta pendirian PAS yang mahukan Hudud di negara ini.

Bagi kami di #KLChronicle, dengan penubuhan Pakatan Harapan, sebenarnya kerajaan negeri Selangor dibawah kepimpinan Azmin Ali telah tumbang kerana ketiga-tiga parti politik didalam kerajaan negeri Selangor (DAP,PKR & PAS) kini mempunyai matlamat yang berbeza dan bukan lagi satu "pakatan". 

Lebih menarik lagi, dengan masih kekal di dalam kerajaan Negeri Selangor, PAS telah membuktikan bahawa mereka sebenarnya lebih berminat untuk berkuasa daripada menjaga maruah serta integriti mereka yang telah dihina dan dicemar oleh DAP & PKR. 

Memetik kenyataan Datuk Dr. Wee Ka Siong, beliau turut mempertikaikan "kahwin campur" diantara DAP & PKR bersama PAN dimana PAN terdiri dari serpihan PAS yang pro kepada golongan ulama. Namun, kenapa PAN yang diterima masuk ke Pakatan Harapan dan bukan PAS? 

Terlalu banyak persoalan yang timbul didalam Pakatan Harapan, sehingga rakan mereka yang terdahulu (PAS) ditendang keluar tanpa belas kasihan. Persoalanya sekarang, adakah PKR juga akan menerima nasib yang sama jika mereka tidak "sebulu" dengan DAP? Renungkanlah.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget