KL CHRONICLE: @tunfaisal : #1MDB: Tidak wajar Zeti gula-gulakan rakyat kononnya ada PENYELESAIAN SEGERA pulihkan matawang negara

Tuesday, September 22, 2015

@tunfaisal : #1MDB: Tidak wajar Zeti gula-gulakan rakyat kononnya ada PENYELESAIAN SEGERA pulihkan matawang negara


1. Baru beberapa hari yang lalu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz  menegaskan bahawa penyusutan ringgit bukanlah sesuatu yang unik untuk Malaysia kerana kira-kira 120 mata wang global turut susut berbanding pengukuhan dolar AS.




2. Tiba-tiba saja hari ini Awani melaporkan beliau menyebut bahawa "isu mengenai syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diselesaikan sebelum susutan ringgit boleh dipulihkan dan ekonomi boleh terus berkembang."

3. Saya tidak pasti sama ada Awani tersalah lapor atau Zeti telah mengubah pendiriannya hanya dalam masa beberapa hari, tetapi kenyataan beliau sebelum ini rasanya lebih logik dan masuk akal.

3. Logiknya matawang 120 buah negara juga jatuh berbanding Dollar AS walaupun tiada 1MDB di negara-negara ini. 3 faktor utama kejatuhan nilai matawang dunia -

(I) Spekulasi kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS

(2) Kejatuhan harga minyak mentah dan komoditi

(3) Penurunan nilai matawang China, yuan/renmibi

4. Melainkan BNM atau kerajaan mempunyai kuasa untuk menghalang AS dari menaikkan kadar faedah, mampu meningkatkan harga minyak mentah dan komoditi dunia; atau mampu memaksa China menaikkan nilai yuan/renmibi dengan segera, barulah keadaan ekonomi dunia boleh diubah secara drastik.

5. Tidak wajar mengkhayalkan dan menggula-gulakan rakyat kononnya ada penyelesaian 'SEGERA' untuk meningkatkan nilai ringgit dan memulihkan ekonomi negara. Tidak ada jalan pintas dalam hal ini sebenarnya jika kita mengambil kira keadaan semasa ekonomi global.

6. Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri terdapat sejumlah langkah pro-aktif yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi menstabilkan pasaran kewangan dan mengurangkan impak ketidaktentuan ekonomi global ke atas ekonomi sebenar negara.

7. Langkah-langkah pro-aktif ini secara strategiknya bertujuan untuk, pertamanya menstabilkan pasaran kewangan, kedua, menyokong aktiviti perniagaan, termasuk mengecualikan duti import ke atas sejumlah barangan sehingga ekonomi global pulih dan merancakkan aktiviti sektor pelancongan, ketiga, meningkatkan kesejahteraan rakyat, keempat, meningkatkan integriti institusi dan kelima, melaksana langkah-langkah jangka sederhana bagi mengurangkan pengaliran keluar tunai dan meningkatkan pendapatan rakyat.

tun faisal dot com: #1MDB: Tidak wajar Zeti gula-gulakan rakyat kononnya ada PENYELESAIAN SEGERA pulihkan matawang negara - http://tunfaisal.blogspot.co.id/2015/09/1mdb-tidak-wajar-zeti-gula-gulakan.html?m=1

3 comments:

ramlan aziz said...

Hehe...sper yg pakar ekonomi nih...mana otoriti admin nih....hehe....kalau stakat tulis blog....dpt ganjaran 10 sen dua....jgan arr nak ulas bidang kepakaran orang yg berhak....nmpak sgt bodohnyer.....hehe

Katakana puru said...

Betul...betul...betul...admin ni mcm semua dia tahu...hebat, boleh dia jadi punahsihat....

akim akma said...

Zatty memang pakar tetapi jangan manipulasi, jangan kerana kepentingan pribadi menyebabkan menolak fakta..Statement Ekonomi ni macam statemen agama..seorang ulama boleh tafsir mengikut kehendak dan cara yang boleh menyokongnya, namun bagi mereka yang ada ilmu juga faham bahawa itu adalah pembohongan kerana tidak menepati asbabulnuzul al-quran dan hadith..Ekonomi tidak boleh pandang Mikro sahaja, macro dan global mesti diambil kira kerana kita mengamalkan ekonomi terbuka.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget