KL CHRONICLE: Tahniah @IsmailSabri60 MARA henti hantar pelajar ke Universiti Taylor

Monday, September 21, 2015

Tahniah @IsmailSabri60 MARA henti hantar pelajar ke Universiti Taylor


Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan berhenti menghantar pelajar baharu tajaan mereka ke Universiti Taylor atas pelbagai sebab. 



Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanapun pelajar tajaan MARA yang sedang menuntut di universiti swasta itu dibenarkan meneruskan pengajian mereka. 

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebab penamatan berkenaan. 

"Saya sudah memaklumkan kepada Ketua Pengarah MARA untuk melihat semula tajaan ke Universiti Taylor. Bagaimanapun mana-mana pelajar yang sedang belajar kita tidak akan berhentikan.

"Jika terus tarik keluar ia akan menimbulkan masalah kepada pelajar," katanya selepas melawat pusat jualan teknologi maklumat (IT) @ Busana, Menara MARA, di sini, sebentar tadi. 

Beliau mengulas dakwaan yang tersebar di media sosial bahawa MARA akan berhenti menghantar pelajar tajaannya ke Universiti Taylor. 

Sebelum ini, Universiti Taylor dilaporkan menamatkan perkhidmatan operator bas didakwa membawa peserta Himpunan Rakyat Bersatu menggunakan bas yang mempunyai lambang universiti itu. 

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, pusat jualan IT di Medan MARA akan mula dibuka pada pertengahan Disember ini. Beliau berkata, usahawan Bumiputera akan diberi keutamaan untuk mengisi kira-kira 30 gerai berkenaan.

1 comment:

Surrhead said...

ini yang dikatakan bodoh melimpah...biasanya yg dpt scholarship Mara adalah kaum bumiputera. jadik, siapa yg mengharapkan scholarship Mara?

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget