KL CHRONICLE: SPAD Dedah Sikap Pengguna Antara Punca Kereta Sapu Sukar Dibendung

Wednesday, September 23, 2015

SPAD Dedah Sikap Pengguna Antara Punca Kereta Sapu Sukar Dibendung


Sikap pengguna. Itulah antara punca mengapa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sukar membendung perkhidmatan "teksi sapu" di negara ini. Umum ketahui bahawa perkhidmatan teksi sapu tidak dibenarkan mengikut Seksyen 16 Akta Pengangkutan Darat.



Di negara ini, perkhidmatan "teksi sapu" juga telah menjalani satu transformasi dimana jika dulu perkhidmatan ini diberikan oleh individu-individu tertentu tanpa sebarang struktur organisasi yang sistematik, kini telah wujud syarikat "online" seperti Uber, GrabCar dan sebagainya yang menyediakan perkhidmatan yang sama dengan lebih sistematik. 

Namun, bukan sahaja perkhidmatan ink menyalahi undang-undang malah perkhidmatan ini tidak di "cover" oleh insurans. Ini bermakna jika terdapat sebarang kemalangan atau kecederaan, mangsa/penumpang tidak dapat melakukan "claim" insurans kerana perkhidmatan yang digunakan adalah tidak sah disisi undang-undang.

Selain itu, bagi operasi teksi biasa, pemandu teksi didaftarkan dengan syarikat teksi dan latar belakang mereka diperiksa dengan teliti sebelum diberi kebenaran memandu. Namun, hal ini tidak berlaku dalam perkhidmatan "teksi sapu". Ini merupakan satu risiko kepada penumpang. Kita telah dengar dan baca banyak kes dimana pemandu "teksi sapu" bertindak agresif dan juga ada kes yang merogol penumpang seperti yang telah berlaku di beberapa negara luar. 

Ini yang cuba dicegah oleh SPAD.

Kami berharap rakyat & pengguna dapat bersama-sama membantu SPAD bagi membanteras penggunaan teksi sapu kerana perkhidmatan ini mendatangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget