KL CHRONICLE: Reply kepada Artikel "Adakah Melayu Terancam, hampir semua jawatan Kerajaan dan Menteri adalah Melayu"

Friday, September 18, 2015

Reply kepada Artikel "Adakah Melayu Terancam, hampir semua jawatan Kerajaan dan Menteri adalah Melayu"


1. Memang Melayu dan Bumiputera kuasai politik dan sektor Kerajaan, itu tidak dinafi. Ini kerana 70% iaitu majoriti rakyat Malaysia adalah orang Melayu dan Bumiputera. Keadaan ini adalah semulajadi.



2. Namun walaupun 70% rakyat Malaysia Bumiputera ini menguasai sektor Kerajaan, sektor ini adalah hanya 20% sahaja daripada keseluruhan ekonomi Negara. 80% daripada kekayaan dan ekonomi Negara adalah di sektor swasta. Sektor ini tidak dikuasai Bumiputera, dan orang Melayu dan Bumiputera terpinggir di sini. Cuba lihat ketidakseimbangan ekonomi di sektor swasta; contohnya, berapa ramai pegawai pengurusan Melayu di syarikat-syarikat bukan Melayu? Dan berapa ramai pula graduan Melayu yang dapat kerja di syarikat-syarikat bukan Melayu di 80% sektor ekonomi ini?

3. Jika Bumiputera menguasai politik dan bukan Bumiputera menguasai ekonomi seperti yang wujud sejak Merdeka sehingga sekarang, walaupun ini tidak ideal, namun dengan ini mungkin boleh wujud dan teruskan keseimbangan dan keharmonian Negara selama ini kerana pihak yang menguasai politik dan pihak yang menguasai ekonomi saling memerlukan satu sama lain.

4. Namun jika kuasa politik dan ekonomi tidak seimbang, ia adalah satu resipi malapetaka. Yang masih lebih tidak seimbang sekarang sebenarnya ialah ekonomi Melayu dan Bumiputera yang masih tertinggal di belakang yang mungkin disebabkan oleh sikap prejudis, bias dan perkauman terhadap Bumiputera di sektor swasta. Ini perlu dibetulkan. Dengan adanya kuasa politik di tangan Bumiputera, keadaan ini mungkin boleh dibetulkan untuk masa depan Negara yang lebih aman dan harmoni.

5. Kini kuasa politik Melayu dan Bumiputera pun semakin terhakis akibat berpecah belah kerana termakan hasutan daripada pihak pemecahbelah dan penghasut. Jika ini berterusan, kuasa politik Melayu dan Bumiputera pun akan hilang sekelip mata. Apabila ini berlaku, bersediakan kita dan anak-anak kita untuk hidup seperti Melayu di Singapura?"

-Hamba Allah

2 comments:

jgn jadi bodoh!!! said...

bodoh!! politik melayu dah lama berpecah!!bukan skarang!! tak payah berhimpun bagai!!bukan tertekan pun sbb kuasa masih ditangan org Melayu!! sbb apa ada UMNO??umno diamanahkah sbg suara hati,keluh dan resah org Melayu!!cuba baca tuntutan perhimpunan tajaan Jibby ni!!tak bolehkan bgtau bisik kepada jibby ttg apa yg melayu rasa kini??tahun depan buat lagi iklan main gendang raya cina ok!!contoh namawee hina Islam,Melayu dan Negara!! apa tindakan pemegang amanah Melayu???bagi duit buat filem!!

#pecatJibby
#selamatkanUmno

jgn jadi bodoh!!! said...

Cuba lihat ketidakseimbangan ekonomi di sektor swasta; contohnya, berapa ramai pegawai pengurusan Melayu di syarikat-syarikat bukan Melayu? Dan berapa ramai pula graduan Melayu yang dapat kerja di syarikat-syarikat bukan Melayu di 80% sektor ekonomi ini?

NI AKU JAWABKAN!! SIAPA YG BERKUASA DAN CERDIK PANDAI???PIKIR LA STARATEGI MNGGUNAKAN KUASA YANG ADA !!!BUAT LA KERJA PAKAI OTAK!!JGN SIBUK NAK SALAHKAN CINA SEDANGKAN YG ATAS DOK PAKAI TOKEY2 CINA!!BULLSHIT!!AMANAH YANG DIBERIKAN UNTUK APA!!GAJI BERPULUH RIBU!!JADI BOARD DIRECTOR MCM2 SYARIKAT!!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget