KL CHRONICLE: Kerana Menyibuk, @AzminAli Marah @TeoNieChing di Twitter

Wednesday, September 9, 2015

Kerana Menyibuk, @AzminAli Marah @TeoNieChing di Twitter



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memarahi Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dari DAP yang dianggapnya bersikap keanak-anakan apabila mengusiknya berkaitan hal kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Ia terjadi apabila Teo menujukan satu soalan kepada timbalan presiden PKR itu tentang kenyataan Hadi yang dilaporkan tidak menghalang mana-mana ahli PAS menyertai Himpunan Maruah Melayu atau 'demonstrasi baju merah' pada 16 September ini.



"MB Selangor, adakah ini sekutu politik yang anda cari?" tanya Teo menerusi akaun Twitter beliau @teonieching dengan menyertakan pautan kepada berita The Malaysian Insider yang memetik kenyataan Hadi dalam Astro Awani berkenaan penyertaan PAS dalam himpunan itu.

Azmin yang sebelum ini dilihat bersungguh-sungguh mahukan PAS menyertai pakatan parti pembangkang yang baharu, walaupun tidak dipersetujui DAP dan Parti Amanah Negara, kelihatan seperti berang sewaktu membalas tweet Teo.

"@teonieching jangan jadi macam budak-budak sangat!

"Keadilan (panggilan PKR apabila merujuk kepada parti mereka) sentiasa menjadi penggerak utama memperkukuhkan pakatan menghadapi Umno dan Barisan Nasional," tulis Azmin menerusi akaun @azminali dalam satu interaksi antara mereka yang terjadi malam tadi.

Himpunan Maruah Melayu dilihat orang ramai sebagai satu perhimpunan yang bakal menghimpunkan NGO serta parti politik Melayu Islam dari kerajaan dan juga pihak pembangkang.  Ini sekaligus membangkitkan kerisauan pihak DAP yang tidak mahu melihat Melayu & Islam bersatu di negara ini. 

Ia akan berlangsung di kawasan Jalan Petaling dan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget