KL CHRONICLE: KEJADIAN REMPUHAN TIDAK MELIBATKAN JEMAAH HAJI MALAYSIA

Friday, September 25, 2015

KEJADIAN REMPUHAN TIDAK MELIBATKAN JEMAAH HAJI MALAYSIA


Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum WBT.

Pada petang ini saya ingin menyampaikan maklumat mengenai laporan terdapatnya  kejadian rempuhan yang menyebabkan kematian dan juga kecederaan di  kawasan Mina pada hari ini.  Berdasarkan maklumat terbaharu Kerajaan Arab Saudi yang dikeluarkan oleh pihak Bomba mereka, tedapat 310 jemaah yang maut dan 450 cedera.  Kejadian ini berlaku pada pukul 11.30 pagi.




Saya dimaklumkan oleh petugas kami di Mina, lokasi kejadian tersebut berlaku di antara Jalan 204 dan 223, Mina dan bukannya di Kompleks Jamrat (kompleks melontar) seperti mana yang diviralkan di media sosial. Jalan 204 dan 223 ini merupakan kawasan perkhemahan yang menempatkan jemaah haji negara Arab.  Lokasi kejadian adalah terletak jauh daripada kawasan Jamrat.  

Buat masa ini, tiada jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut. Namun, TH akan membuat semakan (head count) secara terperinci di semua perkhemahan jemaah haji muassasah dan juga jemaah haji pakej.

Pasukan peronda TH sedang berada di Kompleks Jamrat bagi memantau situasi semasa dan memastikan pergerakan jemaah haji Malaysia. Jadual melontar jemaah Malaysia dijadualkan dan ditetapkan pada 5.30 petang dan 8.00 malam secara berperingkat.  Kejadian ini berlaku pada waktu puncak (waktu Dhuha). Oleh itu, kita pastkan Jemaah haji kita tidak melontar di luar jadual kita.

Bagi memastikan kejadian ini tidak berlaku berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas, kita menempatkan 8 pos yang mana petugas-petugas dan peronda-peronda ditempatkan untuk memastikan tidak ada Jemaah haji kita dari Malaysia yang melontar di luar kawasan.  

Jemaah haji Malaysia melontar di tingkat 3 di Jamrat.  Secara teori, Jemaah haji tidak akan pergi ke kawasan lain.  Jemaah haji Arab di Jalan 204 dan 223 akan terus ke tingkat bawah Jamrat.

Kita doakan tiada kejadian buruk berlaku kepada kepada jamaah haji Malaysia.  

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, 

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget