KL CHRONICLE: Jumlah Angka Korban Jemaah Haji 717,dijangka terus meningkat

Friday, September 25, 2015

Jumlah Angka Korban Jemaah Haji 717,dijangka terus meningkat



Jumlah angka korban dalam kejadian rempuhan di Mina semasa jemaah dari seluruh dunia sedang menunaikan ibadah haji di Arab Saudi hari ini meningkat kepada 717 orang, manakala yang cedera meningkat kepada 853, menurut Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi.



Memetik pihak berkuasa Pertahanan Awam Saudi, agensi itu berkata pasukan pertahanan awam sedang menjalankan operasi menyelamat dalam kejadian di pintu masuk jambatan ke jamrah untuk mengerjakan ibadat melontar jamrah di Mina, di luar Mekah.

Kejadian rempuh-rempuhan itu berlaku apabila bilangan besar jemaah berasak-asak di Mina, di luar bandaraya suci Mekah.

Lebih kurang dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi, kata pihak berkuasa pertahanan awam Arab Saudi.

Kejadian itu berlaku di Street 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum acara kemuncak musim haji bermula. – Bernama, 24 September, 2015.

1 comment:

amanasyanti said...

Takziyah. Sungguh menyedihkan dan terasa tidak boleh diterima bila ibadat menyebabkan kehilangan nyawa. Sudah masanya kita umat Islam mengkaji semula ibadat haji. Memperbesarkan kawasan bukanlah jawapannya. Bolehkah jutawan manusia dikawal? Suatu penyelesaian yang mampan perlu dicari.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget