KL CHRONICLE: Imam Masjid Negara ditampar lelaki Arab

Friday, September 18, 2015

Imam Masjid Negara ditampar lelaki Arab


Solat Jumaat di Masjid Negara, di sini, terhenti seketika apabila serang lelaki, dipercayai bangsa Arab tiba-tiba mengamuk.

Kejadian berlaku ketika Imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, sedang membacakan surah pada rakaat pertama, apabila lelaki itu datang ke hadapan dan menolaknya, seolah-olah mahu menjadi imam.




Melihat Mohd Zuhairee meneruskan bacaan, lelaki itu menamparnya sebeleum pasukan keselamatan tampil mengheret lelaki itu keluar daripada ruang solat utama.

Ketika pergelutan itu, wartawan yang berada di lokasi mendengar lelaki itu menjerit dalam bahasa Arab, antaranya bermaksud 'Malaysia syaitan'.

Mohd Zuhairee kemudian meminta makmum mengulangi solat yang diimamkannya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget