KL CHRONICLE: Gambar Sekitar Persedian Terakhir PRASARANA bagi mulakan operasi perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro

Sunday, September 20, 2015

Gambar Sekitar Persedian Terakhir PRASARANA bagi mulakan operasi perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro

Displaying DSC_0087.jpg

Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), pengendali perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro kini giat menjalankan kerjakerja penyiapan terakhir khususnya dalam penyelengaaran fasiliti stesen dan infrastruktur luaran menjelang bermulanya operasi pada Isnin ini.


Displaying kawasan persekitaran stesen telah di cuci oleh petugas dari jabatan fasiliti Prasarana.jpg

“Beberapa kerja penyelenggaraan terakhir perlu dilaksanakan semula dan dipergiatkan selepas kejadian ribut besar luar biasa pada 11 September lepas. Ini termasuk kerja-kerja pembersihan dan penggantian bahagian-bahagian yang mengalami kerosakan,” kata Ketua Jabatan Penyelengaraan Fasiliti dan Pentadbiran PRASARANA, Ishak Jahari dalam satu kenyataan hari ini.

Displaying Kerja-kerja penyelengaraan penghawa dingin di platform.jpg


“Skop kerja Prasarana bukan sekadar menyelia operasi dan penyelenggaraan tren semata-mata malah fasiliti stesen seperti lif, tandas, platform dan lampu limpah adalah tanggungjawab kami. Keselesaan dan keselamatan jemaah haji adalah keutamaan
kami,” kata Ishak.

Displaying petugas tempatan sedang mencuci platform stesen.jpg

Bagi memastikan kelancaran dan keselesaan jemaah haji yang akan menggunakan sistem rel ini, Prasarana menempatkan kakitangannya di semua sembilan stesen bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaran ini siap mengikut jadual.

Setiap hari lebih 350,000 jemaah akan menggunakan perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah, yang beroperasi selama tujuh hari untuk digunakan oleh para jemaah daripada Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Selatan.

Menurut Ishak, seramai 82 kakitangan ditugaskan untuk kerja-kerja penyelenggaraan fasiliti di stesen di mana 32 daripada mereka adalah dari Malaysia dan selebihnya warga tempatan. Cabaran yang dihadapi adalah petugas terpaksa bekerja lebih masa pasca insiden ribut yang melanda Makkah yang telah menyebabkan pokok tumbang dan telah menyebabkan beberapa fasiliti lain rosak seperti lampu dan longkang tersumbat.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget