KL CHRONICLE: Dr. Mahathir Tidak Setuju dengan tunjuk perasaan, mahu BN tetap berkuasa selepas @NajibRazak

Tuesday, September 1, 2015

Dr. Mahathir Tidak Setuju dengan tunjuk perasaan, mahu BN tetap berkuasa selepas @NajibRazak



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggunakan blog popular beliau bagi menjelaskan sebab beliau membuat keputusan menghadiri perhimpunan Bersih 4 pada hujung minggu lepas, mengatakan beliau terpaksa berbuat demikian bertujuan mencari penyelesaian kepada kemelut didepani negara.

Bekas perdana menteri itu berkata pendiriannya terhadap demonstrasi jalanan seperti yang disuarakan sebelum ini tetap utuh tetapi mendakwa, pentadbiran di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika ini memusnahkan semua saluran yang ada untuk menyelamatkan negara.



"Saya tidak setuju dengan tunjuk perasaan kerana ada saluran lain yang boleh digunakan untuk menekan kerajaan apabila menyalahgunakan kuasa.

"Kita boleh buat laporan polis, dengan harapan polis dan pendakwa raya akan ambil tindakan, menghadapkan pihak yang dituduh ke mahkamah.

"Hanya dengan suara keramat rakyat, dibantu dengan undi tidak percaya Dewan Rakyat sahaja yang boleh menjatuhkan Najib dan menyelamatkan negara daripada perasuah.

"Oleh itu saya terpaksa menyertai demonstrasi jalanan anjuran Bersih yang bertema singkirkan Najib," kata Dr Mahathir. 

Dr Mahathir berkata, beliau sedar kehadirannya di perhimpunan itu membuatkan ramai tertanya-tanya apakah beliau kini penyokong Bersih, parti pembangkang dan pemimpinnya Lim Kit Siang.

"Ada juga yang bertanya saya sudah memihak kepada orang Cina," kata beliau.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget