KL CHRONICLE: #DemiRakyat PM turun padang tinjau keadaan persekitaran Perumahan Awam Seri Labuan #KekalNajib

Thursday, September 3, 2015

#DemiRakyat PM turun padang tinjau keadaan persekitaran Perumahan Awam Seri Labuan #KekalNajib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, tinjauan terhadap keadaan persekitaran di Perumahan Awam Seri Labuan, Bandar Tun Razak dibuat selepas pihaknya menerima laporan mengenai beberapa isu di kawasan itu. – Gambar dari blog NajibRazak.com, 2 September, 2015.

Datuk Seri Najib Razak hari ini turun padang untuk melihat sendiri permasalahan yang dihadapi penduduk di Perumahan Awam Seri Labuan, Bandar Tun Razak, di Kuala Lumpur.

Menurut perdana menteri, tinjauan terhadap keadaan persekitaran di kawasan perumahan awam itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan mengenai beberapa isu di kawasan itu.

"Selepas meninjau keadaan sekeliling dan masalah yang dihadapi, saya mahu beberapa perkara dilaksanakan," katanya dalam catatan terbaru di blognya, NajibRazak.com.



Menurut Najib, beliau mengarahkan kelengkapan awam di Madrasah Al-Aula seperti pendingin hawa, kipas siling serta sistem paip dan saliran diganti atau diperbaiki dengan kadar segera.
Beberapa unit pendingin hawa di Madrasah Al-Aula juga akan ditambah untuk keselesaan jemaah, katanya.

"Lantai gelanggang futsal serta jaring di keliling gelanggang dan tiang gol diperbaiki atau diganti, mengecat kembali Sekolah Rendah Agama Al-Farabi manakala perabot seperti kerusi dan meja pelajar di Sekolah Rendah Agama Al-Farabi diganti baharu selain pendingin hawa dipasang.

"Insya-Allah, semua ini akan membolehkan penduduk dan anak-anak kecil di Perumahan Awam Seri Labuan, Bandar Tun Razak hidup dalam keadaan lebih selesa," tambah beliau. – Bernama, 2 September, 2015.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget