KL CHRONICLE: #DemiRakyat Bas Dua-Tingkat @MyRapidKL Mula Beroperasi Hari Ini

Monday, September 7, 2015

#DemiRakyat Bas Dua-Tingkat @MyRapidKL Mula Beroperasi Hari Ini


Wargakota bakal menikmati produk terbaru dari Rapid KL apabila bas henti-henti dua tingkat mula beroperasi hari ini secara berperingkat. Pengenalan perkhidmatan ini adalah sebahagian daripada usaha Rapid KL dalam menyahut sasaran 40 peratus dalam penggunaan pengangkutan awam menjelang tahun 2030.



Menurut Ketua Pegawai Operasi Bas Rapid KL, Mohd Azam Omar, buat permulaan perkhidmatan ini tersedia untuk laluan U80 iaitu Shah Alam – Hab Pasar Seni dengan 5 buah bas. Laluan U80 adalah antara laluan yang mempunyai pemintaan dan kapasiti penumpang yang tinggi pada waktu puncak.


“Dengan adanya bas ini, lebih banyak tempat duduk disediakan bagi setiap perjalanan berbanding dengan bas biasa dan kami berharap pengguna dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa dan selamat dengan adanya bas dua tingkat ini. Perkhidmatan ini akan diperluaskan lagi secara berperingkat sehingga Akhir bulan ini, ” tambah Mohd Azam.

Bas dua tingkat ini boleh membawa seramai 108 pada satu masa dan dilengkapi dengan tempat duduk untuk golongan keutamaan serta berkonsepkan universal akses. Selain itu, iainya turut dilengkapi dengan kamera litar tertutup di bahagian tempat duduk atas dan bawah serta dilengkapi dengan skrin paparan maklumat.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget