KL CHRONICLE: The Malaysian Insider perli Ahli UMNO Pasir Gudang "lesu"

Sunday, August 9, 2015

The Malaysian Insider perli Ahli UMNO Pasir Gudang "lesu"



Ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang hari ini diperli oleh portal pembangkang The Malaysian Insider apabila kelihatan "lesu" semasa ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Haji Najib Tun Razak sebentar tadi. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah apabila UMNO Bahagian yang diketuai oleh seorang Menteri Besar dilihat tidak bersemangat ketika mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian. 


Malah semasa menyentuh isu BR1M, perwakilan di dalam dewan juga seakan tidak memberikan tumpuan penuh kepada ucapannya.

"Tuan-tuan nak BR1M lagi ke tidak," katanya dan disahut:"Tidak" oleh sebahagian perwakilan.

"Kalau tidak saya batalkan BR1M, ada cara lain ke lebih baik?" soal Najib kepada perwakilan dalam ucapannya.

Malah, ketika menyentuh isu membabitkan skandal-skandal oleh pentadbiran kerajaan terdahulu, perwakilan turut mendesaknya mendedahkan skandal-skandal tersebut, namun Najib tidak mendedahkannya kerana menghormati mantan Presiden terdahulu.

"Dalam sejarah kita banyak lagi isu, 1MDB belum ada kerugian.

"MAS kita dah tampung berapa bilion, penjualan saham MAS ini pun ada isu, nak sebut saya boleh sebut.

"Kalau saya sebut saya membuka pekung di dada, kalau tak sebut saya pula yang dipersalahkan," katanya, dan disahut: "bukalah!" oleh perwakilan yang hadir.

Kehadiran Najib di Johor hari ini adalah pertama kali sejak beliau menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri daripada rombakan Kabinet yang dilaksanakannya hujung bulan lalu akibat tidak dapat bekerjasama sebagai satu pasukan dalam pentadbiran kerajaan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget