KL CHRONICLE: #TahukahAnda Apa Sebenarnya Tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ?

Saturday, August 22, 2015

#TahukahAnda Apa Sebenarnya Tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ?



Baru-baru ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui dua orang ahli mereka iaitu Nurul Izzah dan Rafizi Ramli dan juga BERSIH 4.0 mahu SPR menyiasat isu Dana RM2.6 billion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Dato Seri Haji Najib Tun Razak. 



Namun, kenyataan yang dikeluarkan oleh PKR dan BERSIH 4.0 tidak tepat kerana SPR merupakan agensi yang bertanggungjawab menjalankan pilihanraya, membuat pendaftaran pemilih dan membuat kajian semula persempadan kawasan pilihan raya sahaja. Ini adalah sejajar dengan undang-undang dan perlembagaan negara.

Tugas menyiasat dana yang dimiliki oleh pihak parti bukanlah tugas SPR. Isu dana RM 2.6 billion yang didakwa digunakan kononnya bagi tujuan pilihan raya umum lalu bukanlah tugas SPR untuk menyiasatnya. Tugas menyiasat dana tersebut dijalankan oleh agensi-agensi berkaitan yg mempunyai bidang kuasa mereka sekirannya melibatkan rasuah dan sebagainya. Contoh agensi yang disebutkan adalah PDRM, BNM, LHDN dan sebagainya. 

SPR hanya menyiasat kewangan perbelanjaan semasa kempen pilihan raya yang dikemukakan SELEPAS keputusan pilihan raya.  Sekirannya terbukti perbelanjaan semasa kempen pilihan raya melebihi had dibenarkan maka pendakwaan berlakunya pelanggaran undang-undang pilihan raya pihak terbabit akan didakwa di mahkamah.

Mahkamah yg akan menentukan hukuman tersebut sama ada membatalkan keputusan pilihan raya atau mengenakan hukuman yang menghilangkan kelayakan seseorang calon yang menang sebagai Ahli Parlimen atau ADUN. Pilihan raya semula akan dijalankan bergantung kepada keputusan mahkamah.

SPR tidak boleh membatalkan keputusan sesuatu pilihan raya kerana ia tidak mempunyai kuasa untuk bertindak di peringkat itu.

Setiap kali selepas PRK atau PRU setiap calon diwajibkan menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya yang mengandungi pernyataan terperinci kepada SPR. Peraturan pilihanraya menetapkan setiap calon Parlimen tidak boleh berbelanja melebihi had maksimum RM200 ribu, manakala calon bagi DUN pula dihadkan kepada RM100 ribu semasa dalam tempoh kempen pilihan raya.

SPR hanya akan mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada di bawah Akta Pilihanraya 1954 sekiranya calon parti atau calon bebas didapati menyalahi undang-undang dengan berbelanja melebihi had ditetapkan semasa kempen pilihan raya.

Sekirannya pihak parti berbelanja seberapa banyak wang sekalipun sebelum atau selepas proses pilihan raya maka ia bukanlah tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget