KL CHRONICLE: #TahukahAhliUMNO Perlembagaan Umno benar akaun amanah atas nama presiden? #KekalNajib

Saturday, August 1, 2015

#TahukahAhliUMNO Perlembagaan Umno benar akaun amanah atas nama presiden? #KekalNajib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, suara yang mendesak beliau berundur terlalu sedikit jika dibandingkan 3 juta ahli Umno yang mengundinya sebagai presiden. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka, di Melaka petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 1 Ogos, 2015.

Peruntukan dalam perlembagaan Umno membenarkan presiden parti mempunyai akaun amanah bagi pihak parti, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata bukan sahaja Datuk Seri Najib Razak mempunyai akaun amanah bagi pihak Umno tetapi juga presiden Umno sebelum ini.



"Saya hendak memberitahu bahawa Umno mempunyai peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan presiden parti untuk mempunyai akaun amanah bagi pihak parti.

"Adalah tidak mustahil dan tidak memeranjatkan jika presiden Umno (ketika ini) dan presiden (Umno terdahulu) mempunyai akaun amanah bagi pihak parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Kubang Pasu hari ini.

Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, berkata duit yang berada di dalam akaun amanah di bawah nama Najib sebagai presiden Umno itu bukan wang milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau duit rakyat. – Bernama, 1 Ogos, 2015.

7 comments:

maae said...

Begitu juga pembangkang... akaun "pelabur" asing mereka di selindungi ngo-ngo tegar mereka. Ada cara ada gaya beroperasi secara bayangan sah di sisi undang-undang... tak gitu ? Cuma kerajaan tidak bongkarkan...

jgn jadi bodoh!!! said...

hahaha..jadi mrngaku je la duit masuk dlm akaun peribadi dari duit 1mdb..dan apa yg selama ni dituduh WSJ dan SR adalah benar..selesai masalah

jgn jadi bodoh!!! said...

hahaha..jadi mrngaku je la duit masuk dlm akaun peribadi dari duit 1mdb..dan apa yg selama ni dituduh WSJ dan SR adalah benar..selesai masalah

jgn jadi bodoh!!! said...

hahaha..jadi mrngaku je la duit masuk dlm akaun peribadi dari duit 1mdb..dan apa yg selama ni dituduh WSJ dan SR adalah benar..selesai masalah

Abu Bakar said...

Pembohongan dah tak dapat nak disembunyikan, sekarang Najib dan kuncu-kuncu tengah gelabah cari alasan.

Dulu tak mengaku ada wang masuk dalam akaun Najib, USD 700 juta, bersamaan RM 2.63 bilion, sekarang kononnya boleh pula masuk akaun presiden, lepas ni tak tau pulalah, boleh masuk akaun bini presiden, kononnya perlembagaan parti benarkan.

Teruskan cari alasan, sampai bila nak membohong, nanti akan terbongkar jua.

Rahim Satria said...

Sekarang ni UMNo akan gunakan apa jua ayat bagi menghalalkan kesalahan.
Stail ini jadi strategi lapuk.

Akal pakai cikit...kita boleh tahu ayat gelabah dan ayat menipu orang UMNo ni

Rahim Satria said...

Iskh..iskh ..iskh...
Nak pusing ayat..nak pusing fakta...
Nak kasi halal..

Rakyat tak kesah ada akaun amanah ke apa ke...
Tapi....rakyat mau tau...duit ada masuk atau tidak.

Tapi cara membalas hujah....macam dah masuk.
Jadi....tak usahlah panjang panjang cerita.
Esok walau pun takder PRN....tapi esok tu samapai...Insha ALLAH.

Insha ALLAH rakyat akan mengundi BN.
Mengundi untuk.memberkan sokongan kepada..
B...Bye
N...Najib.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget