KL CHRONICLE: Rakyat Sabah, Sarawak sokong @NajibRazak kekal sebagai PM #KekalNajib

Sunday, August 16, 2015

Rakyat Sabah, Sarawak sokong @NajibRazak kekal sebagai PM #KekalNajib


Rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Datuk Seri Najib Razak untuk kekal sebagai perdana menteri dan memimpin kerajaan persekutuan dan Barisan Nasional (BN), kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Ahli Parlimen Kota Belud, Sabah itu berkata keyakinan beliau itu berdasarkan sejarah dalam pengundian pilihan raya umum lepas yang menunjukkan sokongan padu rakyat Sabah dan Sarawak dalam menentukan pemimpin negara.



"Mereka (rakyat Sabah dan Sarawak) sangat yakin dengan kepimpinan Najib, yang sehingga kini merupakan seorang perdana menteri yang banyak membela nasib rakyat Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Bukit Mertajam di Bukit Mertajam hari ini.

Pada pilihan raya umum lepas, BN berjaya memenangi 133 kerusi Parlimen dengan 47 kerusi disumbangkan oleh negeri Sabah dan Sarawak.

Rahman yang juga pengarah strategi komunikasi BN berkata pandangan rakyat di Sabah dan Sarawak harus diambil kira kerana mereka merupakan antara penyumbang kepada pembentukan kerajaan sekarang.

"Saya berpendapat bahawa rakyat di Sabah dan Sarawak menyokong sepenuhnya kepimpinan Najib dan mereka tidak bercadang untuk menukar perdana menteri.

"Jadi persoalan untuk menggulingkan kerajaan tidak wujud dan teori (gerakan untuk gulingkan kerajaan didalangi tokoh Umno) ini harus dihentikan kerana ini akan melemahkan BN secara keseluruhan," katanya.

Sementara itu, Rahman yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan turut memperingatkan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Pulau Pinang untuk mempertahankan nasib agensi pemaju hartanah kerajaan pusat iaitu JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

Katanya, sebagai sebuah persatuan yang mewakili pemaju hartanah, Rehda seharusnya faham akan akibatnya sekiranya ada kelewatan untuk menyiapkan sesuatu projek. – Bernama, 16 Ogos, 2015.

1 comment:

adzzam adzzam said...

30 hb.....semoga selamat bersara

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget