KL CHRONICLE: PRESIDEN @NajibRazak BARU SEDAR BAHAWA PARTI UMNO KEMBALI KETINGGALAN DALAM PERANG SIBER?

Monday, August 10, 2015

PRESIDEN @NajibRazak BARU SEDAR BAHAWA PARTI UMNO KEMBALI KETINGGALAN DALAM PERANG SIBER?

@ibdil yang dilantik oleh @khairykj untuk mengetuai Biro Media Sosial dikatakan telah gagal 
1. Kebelakangan ini, kedengaran nada YAB Presiden, DS Najib Razak agak berbeza jika dibandingkan sebelum ini.

2. Presiden seolah-olah baru sedar bahawa selepas PRU-3, UMNO kembali ketinggalan dalam memerangi fitnah jahat pembangkang ke atas parti di media sosial.



3. Malah ia mula dibangkitan oleh Presiden ketika Perhimpunan Agung UMNO 2014 di mana ramai masih ingat kata-kata Presiden tentang kumpulan 'Bloggers Bangang'.

4.Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden kebelakangan ini dilihat sering menyentuh tentang media sosial.

5. Presiden dilihat mula mengakui bahawa UMNO kembali ketinggalan dalam landskap perang siber sebaik selesai PRU13.

6. Bagi penulis, segala teguran yang dibuat oleh Presiden jelas membuktikan kegagalan peranan Biro Media Sosial yang diwujudkan oleh UMNO ketika ini.

7. Berbeza sebelum PRU13, di mana UMNO dilihat dapat menyaingi fitnah pembangkang kerana peranan yang dimainkan Unit Media Baru (UMB) di bawah Tun Faisal Abd Aziz.

8. Penulis bukan menafikan sumbangan unit siber lain selain UMB, memang diakui wujud beberapa pasukan siber pro UMNO namun ia bukan pasukan rasmi parti sebagaimana UMB yang diwujudkan oleh Pemuda UMNO Malaysia.

9. Ketika itu, landskap perang siber UMNO dilihat berjaya meletakkan UMNO sebaris pembangkang kerana peranan UMB yang bergerak melalui platform media sosial serta lapangan.

10. Malah, kebolehan Pengerusi UMB, Tun Faisal Aziz berforum dalam program TV dan Radio memperlihatkan satu keseimbangan dalam perang siber.

11. Kini UMNO ketinggalan di media sosial dan landskap politik perang siber kerana masih tiada pasukan yang mampu bergerak dengan efisyen sebagaimana dibuat oleh Unit Media Baru (UMB) sebelum PRU13.

12. Suka atau tidak UMNO harus akui UMB satu pasukan yang baik pernah ada dalam UMNO kerana UMB lahir ketika ahli UMNO dianggap buta media sosial.

13. UMNO perlu akui beberapa pelopor yang membantu UMNO berperang percuma di FB merupakan bloggers yang pernah bernaung di bawah UMB.

14. Pemimpin UMNO kena akui bahawa pucuk pemimpin tertinggi mempersia-siakan kebolehan bekas anggota UMB dari empat buah negeri.

15. Suka atau tidak sehingga kini Biro Media Sosial di bawah Pemuda dan Puteri UMNO gagal berfungsi kerana dipimpin oleh Exco yang tidak mempunyai ilmu perang siber.

16. Suka atau tidak YAB Presiden harus akui bahawa Jabatan Media Sosial UMNO wajib ditubuhkan dan dipimpin oleh individu yang benar-benar layak.

RUJUK : UMB BUKAN PASUKAN 10 ORANG BLOGGERS!


 RUJUK : UMB IS THE MOST EFFICIENT!

1 comment:

Pelatuk said...

MEREKA TIDAK TAHU ILMU GERAKSARAF DAN PERANGSARAF?

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget