KL CHRONICLE: PENJELASAN MENGENAI ISU DANA RM2.6 BILION DAN SIASATAN SRC INTERNATIONAL

Wednesday, August 5, 2015

PENJELASAN MENGENAI ISU DANA RM2.6 BILION DAN SIASATAN SRC INTERNATIONAL



Susulan kepada kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menjelaskan bahawa siasatan  SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


SPRM mendapati banyak pihak masih tidak jelas atau terkeliru dengan menganggap bahawa SPRM telah menghentikan siasatan berkaitan dengan isu SRC International atau pun mengenai dana RM2.6 bilion.

Oleh itu, SPRM mahu menjelaskan beberapa perkara.

· SIASATAN BERKAITAN 1MDB

Sebagaimana telah disebutkan beberapa kali sebelum ini, SPRM menekankan  bahawa siasatan SPRM tiada kaitan dengan isu 1MDB. Sebaliknya, siasatan keseluruhan kes  1MDB  dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia. SPRM berharap orang ramai akan memahami bahawa siasatan SPRM tiada kaitan dengan 1MDB.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget