KL CHRONICLE: MT UMNO Mahu Ahli Sokong kepimpinan @NajibRazak - @Zahid_Hamidi #kekalNajib

Monday, August 3, 2015

MT UMNO Mahu Ahli Sokong kepimpinan @NajibRazak - @Zahid_Hamidi #kekalNajib


Ahli-ahli Umno perlu menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi namun pada masa sama menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden, kata Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, lapor Utusan Malaysia.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu juga mencadangkan Muhyiddin terus diberi peranan dan penghormatan serta tidak dihina meskipun tidak lagi memegang jawatan timbalan perdana menteri.


Reezal berkata, Muhyiddin bukannya penjenayah sebaliknya pernah mengetuai kira-kira 14 pilihan raya kecil sebelum ini untuk Barisan Nasional (BN).

"Saya mengambil ketetapan a rombakan Kabinet itu adalah hak perdana menteri dan tidak boleh dipertikai. Beliau melihat kepada kemaslahatan lebih besar dan perlu kita letakkan ketaatan selagi mana perkara itu membawa kebaikan.

"Tan Sri Muhyiddin juga akur, taat setia kepada parti dan beliau bukanlah seperti (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang pernah melakukan onar dalam parti kita.

"Saya juga melihat Tun Abdullah Badawi 'jatuh' depan mata, tetapi Pak Lah ini orang yang baik, meletakkan kepentingan parti jauh lebih penting," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu semasa merasmikan mesyuarat Umno Ipoh Barat semalam.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget