KL CHRONICLE: Hasil Usaha MCA, tempoh pengecualian visa kepada rakyat Taiwan dinaikkan kepada 30 hari

Saturday, August 15, 2015

Hasil Usaha MCA, tempoh pengecualian visa kepada rakyat Taiwan dinaikkan kepada 30 hari


Berikutan peningkatan bilangan pelancong Taiwan ke negara ini, kerajaan Malaysia melalui usaha yang diterajui oleh MCA terutamanya Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong    telah memutuskan tempoh pengecualian visa kepada rakyat Taiwan dinaikkan kepada 30 hari.




Langkah ini seiring dengan keputusan Taiwan yang telah memberi tempoh pengecualian visa yang sama kepada Malaysia sejak 2003. Bagi kami di #KLChronicle, langkah yang diambil oleh kerajaan ini tepat dan sesuai pada masanya.

Ini kerana umum ketahui bahawa industri pelancongan merupakan satu industri yang memberi sumbangan yang besar kepada negara. Dengan memberikan pengecualian visa selama 30 hari, ini akan menyebabkan palancong warga  Taiwan tinggal lebih lama di Malaysia seterusnya berbelanja dengan lebih. Ini adalah positif untuk negara.


Kami juga ingin mengucapkan Selamat Kembali kepada Datuk Dr Ir Wee Ka Siong yang telah berehat selama sebulan kerana menjalani pembedahan. Welcome back sir!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget