KL CHRONICLE: Felda Global Ventures (FGV) Sangkal Laporan Maybank Investment Bank

Tuesday, August 18, 2015

Felda Global Ventures (FGV) Sangkal Laporan Maybank Investment Bank



Felda Global Ventures Bhd (FGV), sebuah anak syarikat milik FELDA hari ini menyangkal laporan Maybank Investment Bank yang mengatakan bahawa "Felda Global Ventures Holdings Bhd  antara lain, bersetuju untuk menaikkan gaji pekerja ladang mereka (termasuk pekerja kilang minyak sawit dan pekerja am yang lain) sebanyak 8-10 peratus". Maklumat yang telah kami terima di #KLChronicle mengatakan bahawa FGV tidak menaikkan gaji pekerja ladangnya.



Sebab yang diberikan oleh pihak FGV adalah bahawa selama kini, dasar buruh syarikat adalah berpandukan kepada Persatuan Pengeluar-pengeluar Pertanian Tanah Melayu (MAPA), yang menyediakan standard industri mengenai gaji minimum, dan dikawal selia oleh Kementerian Sumber Manusia. Ini menunjukkan bahawa FGV telah secara konsisten mematuhi segala undang-undang berkaitan buruh yang terdapat di negara ini. 

Memetik kenyataan rasmi FGV:

"Kami (FGV) tidak menaikkan gaji pekerja ladang kami, termasuk pekerja kilang minyak sawit, dan pekerja am yang lain, sebanyak 8-10 peratus berkuat kuasa 1 April, 2015, seperti dicadangkan dalam laporan.

"Bagaimanapun, kajian pelarasan gaji masih dilaksanakan dalam FGV dan sebagai entiti senaraian awam, sebarang perubahan dalam dasar buruh FGV memerlukan kelulusan daripada lembaga pengarah kami," menurut FGV.

FGV diserang oleh The Wall Street Journal
Bagi kami di #KLChronicle, pengumumam yang dilakukan oleh FGV tepat pada masanya memandangkan kini FGV termasuk syarikat kelapa sawit negara yang lain seperti Sime Darby kini "diserang" oleh syarikat media antarabangsa terutamanya The Wall Street Journal (WSJ) kerana kononnya FGV mendera pekerja-pekerja ladang mereka. Umum ketahui ini merupakan satu serangan dan fitnah jijik oleh media dikuasai barat  untuk memburukkan imej FGV sekaligus menyukarkan konglomerat melayu ini mencari peluang perniagaan di persada antarabangsa. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget