KL CHRONICLE: #DoaUntukMalaysia , Jom Tunggu Apa Lagi? #SehatiSejiwa

Thursday, August 13, 2015

#DoaUntukMalaysia , Jom Tunggu Apa Lagi? #SehatiSejiwa


Kami di #KLChronicle ingin menjemput orang ramai untuk turut hadir bersama-sama kami bagi memeriahkan program #DoaUntukMalaysia yang akan diketuai oleh Habib Syech Abdul Qadir Assegaf dan kumpulan beliau. Program yang murni in akan diadakan pada 15 August 2015, pada pukul 7.00 malam bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Program ini adalah sempena menyambut bulan kemerdekaan kita yang jatuh pada 31 August 2015. 



Bagi kami di #KLChronicle, program baik dan mulia sebegini wajar dilakukan dengan lebih kerap kerana keadaan Malaysia sekarang ini dilihat sangat "negative" dimana fitnah kini berleluasa sehingga pemimpin-pemimpin kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi juga mula cuba "digulingkan" dengan cara yang bertentangan dengan perlembagaan. Malah, negera tercinta ini juga kini berdepan pelbagai cabaran dari dalam dan luar negara sehingga membuat rakyat resah dan gelisah. 

Oleh itu, sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, ayuh kita sama-sama turun meluangkan masa untuk menyertai program yang baik sebegini. Walaupun berbeza fahaman politik, in the end kita semua merupakan saudara dalam Islam dan berpaksikan kepada kiblat yang sama.  #SehatiSejiwa

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget