KL CHRONICLE: #DoaUntukMalaysia , Inilah Masanya Kita #SehatiSejiwa

Friday, August 14, 2015

#DoaUntukMalaysia , Inilah Masanya Kita #SehatiSejiwa



Esok akan diadakan satu program #DoaUntukMalaysia yang akan diketuai oleh Habib Syech Abdul Qadir Assegaf dan kumpulan beliau di Dataran Merdeka sempena menyambut bulan kemerdekaan kita pada August tahun ini.


Umum ketahui bahawa sejak tahun 1957 Malaysia telah dikurniakan keberkatan dan nikmat Allah swt sehingga menjadikan kita antara negara Islam yang disegani oleh saudara-saudara kita dari Timur Tengah. Malah, Malaysia juga pernah menjadi Pengerusi Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) dan juga Negara-Negara Berkecuali (NAM). Ini membuktikan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang disegani di dunia. 

Namun, sejak tahun 2008, keadaan Malaysia sudah tidak seperti biasa. Pelbagai perkara yang telah berlaku sehingga menggugat kesucian Islam sebagai agama rasmi persekutuan antaranya desakan oleh penganut Bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah swt, cabaran terhadap undang-undang syariah berkaitan isu "transgender" dan sebagainya. 

Malah, sejak tahun 2008 negara juga telah menghadapi pelbagai cabaran antaranya insiden MH 370, MH17, peristiwa berdarah di Lahad Datu dan sebagainya yang telah memberikan impak yang besar dalam hidup kita. 

Oleh yang demikian, kami di #KLChronicle dengan berasa rendah diri ingin menjemput pembaca sekalian, tidak kira sama ada penyokong pembangkang mahupun kerajaan asalkan kita beragama Islam kita ramai-ramai turun bersama #DoaUntukMalaysia. 

Kepada Allah swt Kami Berserah

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget