KL CHRONICLE: #DemiRakyat TQ @RapidPg @AzmiAziz60 & PM @NajibRazak sediakan Perkhidmatan Bas dari Sungai Petani ke P.Pinang

Sunday, August 2, 2015

#DemiRakyat TQ @RapidPg @AzmiAziz60 & PM @NajibRazak sediakan Perkhidmatan Bas dari Sungai Petani ke P.Pinang


Perkhidmatan RapidPenang dari Penang Sentral berulang alik ke Sg. Petani sememangnya sudah lama dinantikan oleh penduduk tempatan di sini.




Seperti diketahui umum, perkhidmatan bas Rapid selesa, selamat dan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) selain daripada servis yang efisyen dan reliable dengan keperluan serta kehendak semasa. 

Selain daripada itu, perkhidmatan bas ini dijangka dapat mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang kian tidak berpenghujung di sini.


Menurut Exco Negeri Kedah YB Datuk Tajul Arus, projek ETS-KTM oleh Kementerian Pengangkutan menerima sambutan panas (baik) daripada semua pihak dan ini membuktikan rakyat semakin bijak memilih pengangkutan awam sebagai trend semasa untuk menuju ke destinasi pilihan.

YB Tajul Arus juga meminta Majlis Perbandaran Sg. Petani (MPSP) mengkaji semula pembangunan SP Sentral yang meliputi hab bas, ETS KTM SP dan teksi.

Disamping itu juga beliau berharap pihak SPAD, RapidPenang (Prasarana) & MPSP membuat proposal untuk mewujudkan perkhidmatan di 9 laluan utama sekitar Sg. Petani.

Tahniah, satu lagi penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam di dalam bandar seperti yang telah diterapkan dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP). 

Terima kasih & sekalung tahniah kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan Kerajaan Negeri Kedah.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget