KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD Beri Diskaun 30% Kepada Pengguna Bas di Seremban, Klang & Rawang

Friday, August 21, 2015

#DemiRakyat SPAD Beri Diskaun 30% Kepada Pengguna Bas di Seremban, Klang & Rawang



Tahniah diucapkan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang diketuai oleh Tan Sri Syed Hamid Albar kerana telah mengumumkan diskaun 30% akan diberikan kepada pengguna bas yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang tetapi bekerja di Kuala Lumpur. Secara jujurnya, pengumuman yang dilakukan oleh SPAD ini adalah satu keputusan yang sangat baik bagi membantu rakyat di ketiga-tiga tempat ini untuk menampung kos kehidupan di ibu kota. 



Pengumuman ini juga sejajar dengan aspirasi rakyat yang selama ini mahu tambang perkhidmatan pengangkutan awam darat dikurangkan memandangkan kos sara hidup semakin meningkat. Sifat SPAD yang prihatin dan sanggup mendengar keluhan rakyat sudah pasti akan menjadikan SPAD satu agensi yang dihormati dan mempunyai imej yang baik. Malah usaha proaktif SPAD ini sudah pasti akan menarik sokongan rakyat untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional. 

Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan SPAD untuk rujukan pembaca:


Mulai 1 September 2015, diskaun 30% akan diberikan kepada pengguna bas yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang tetapi bekerja di Kuala Lumpur. Ini merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban Rakyat bagi mengurangkan perbelanjaan kos sara hidup mereka.

Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam bagi tujuan kemudahan dan keselesaan Rakyat. Ia bukan sahaja memberikan manfaat kepada pengguna yang tinggal di pinggir bandar dan bekerja di Kuala Lumpur, ianya juga secara langsung akan menggalakkan rakyat untuk menggunakan pengangkutan awam dan membantu ia menjadi mod pilihan mereka.


Diskaun ini disediakan untuk 3 laluan utama iaitu Seremban – Kuala Lumpur, Klang – Kuala Lumpur dan Rawang – Kuala Lumpur termasuk laluan Bus Expressway Transit 5 dan 6 (BET). Kemudahan ini menawarkan tambang bulanan dengan kadar diskaun tersebut melalui pembelian pas bulanan di kaunter-kaunter pengendali bas yang terlibat.

Sepanjang tempoh perlaksanaan inisiatif ini, penumpang harian yang membeli pas bulanan akan diberikan kadar diskaun berdasarkan jadual berikut:


Diskaun ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat, di mana ia terbuka kepada semua individu yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang dan perlu berulang-alik untuk bekerja di Kuala Lumpur dengan menggunakan perkhidmatan bas di laluan terlibat. Penumpang hendaklah mengisi borang permohonan untuk menikmati diskaun tersebut semasa pembelian pas bulanan. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web SPAD atau boleh didapati dari kaunter-kaunter tiket pengendali bas yang terlibat.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget