KL CHRONICLE: Datuk Seri @VellPaari : Masyarakat Kaum India kenang budi dan hargai jasa PM @NajibRazak #KekalNajib

Sunday, August 23, 2015

Datuk Seri @VellPaari : Masyarakat Kaum India kenang budi dan hargai jasa PM @NajibRazak #KekalNajib



Dengan pelbagai tohmahan dan spekulasi yang dilemparkan oleh pelbagai pihak khususnya pembangkang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan  isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), masyarakat India masih diyakini akan terus menyokong kepimpinan beliau. 



Pengarah Komunikasi dan Biro Hubungan Awam MIC, Datuk Seri S. Vell Paari berkata, masyarakat India banyak terhutang budi atas pelbagai bantuan termasuk peruntukan hampir RM 500 juta sejak 2009 untuk membina sekolah Tamil yang baru serta membaik pulih bangunan sekolah lama diseluruh Malaysia. Aktiviti ini kini sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Menurut Datuk Seri S Vell Paari, walaupun terdapat segelintir pihak yang mempunyai kepentingan tertentu untuk ‘menjatuhkan’ Perdana Menteri, namun hakikatnya, keutamaan untuk mendengar serta kemurahan hati dan sikap tidak meminggirkan masyarakat India di negara ini yang dipraktikkan tidak akan sia-sia. 

“Pernahkah anda dengar mana-mana Perdana Menteri yang sanggup turun padang untuk memohon maaf atas kekurangan serta salah silap lepas? Tetapi Najib berbuat demikian kerana dia mementingkan kesejahteraan serta kesusahan yang dihadapi rakyat. 

“Sejak beliau mengambil tampuk pemerintahan pada 2009, jutaan peruntukan telah diberikan melalui pakej rancangan khas, untuk naik taraf sekolah sejak 2009 hinga 2001, lebih RM340 juta sudah dibelanjakan. Kontraktor India juga banyak diberi peluang melalui projek ini. Unit Pelan masa depan sekolah SJKT juga ditubuhkan selain pendidikan percuma. 

“Lebih banyak kuota matrikulasi, politeknik, biasiswa, latihan kemahiran, sekretariat khas untuk usahawan India, peluang perniagaan serta pinjaman melalui Tekun dan Seed, program Tukar, RM2 bilion Saham 1Malaysia, jutaan untuk NGO India untuk projek pembangunan masyarakat dan banyak lagi,” katanya kepada Mingguan Malaysia. 

Katanya, beliau tidak dapat menyenaraikan kesemua bantuan serta peruntukan yang telah diberikan kepada masyarakat India sejak Najib menjadi Perdana Menteri kerana terlalu banyak yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri untuk masyarakat India. 

“Saya rasa dan sangat yakin bahawa masyarakat kami tidak termakan dengan apa yang disajikan kerana ada perbezaan antara retorik dan yang benar-benar kisah. Kami tidak akan goyah. Pembangkang boleh terus bercakap tetapi sehingga hari apakah jasa mereka? Jangan lupa, mereka juga yang dah merobohkan kuil beberapa kali. 

“Apakah jenis janji yang telah benar-benar dilakukan oleh mereka sebelum mendapatkan undi? Apabila sudah menang, wakil rakyat itu akan menukar janji dengan mengatakan mereka belum menang kerajaan persekutuan lagi maka susah untuk tunaikan janji,” ujarnya. 

Vell Paari yang merupakan anak kepada bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata,  Najib berada di landasan betul dalam membantu kaum India melalui pelaksanaan pelbagai dasar dan inisiatif afirmatif

“Beliau begitu jujur, berterus terang dan telus dalam pengakuannya bahawa kaum India memerlukan lebih banyak perhatian melalui inisiatif dan dasar yang diperkenalkan untuk masa depan kami. 

“Perdana Menteri telah membentangkan inisiatif baru bagi kaum India di negara ini dan kita sudah pun melihat hasilnya hingga hari ini.  Tidak ada persoalan kepercayaan kami akan goyah berikutan skandal baru-baru ini, belum ada bukti kukuh yang menyabitkan beliau.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget