KL CHRONICLE: Dato Abdul Hamid sepatutnya setia bersama rakyat dan bukan Tun Mahathir

Monday, August 24, 2015

Dato Abdul Hamid sepatutnya setia bersama rakyat dan bukan Tun Mahathir



Kenyataan Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM, Dato Abdul Hamid Bador bahawa beliau setia kepada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menunjukkan keputusan menukar beliau adalah satu keputusan yang tepat dan sangat wajar.

Adalah tidak masuk akal orang nombor dua perisikan negara menyatakan kesetiaannya kepada orang yang mengisytiharkan mahu menjatuhkan Perdana Menteri dengan apa kos sekali pun.

Sebenarnya, Cawangan Khas PDRM (SB) disyaki menjadi duri dalam daging kepada kepada pentadbiran Mohd Najib sejak setahun lalu apabila menggunakan beberapa penulis blog untuk menyerang Pejabat Perdana Menteri. Mereka ini diberi elaun khas bulanan untuk menulis dalam blog blog Gelagat Anwar.





Adalah tidak masuk akal untuk Cawangan Khas yang sepatutnya bahagian mengumpul maklumat bagi menjaga keselamatan negara dan kerajaan, bertukar menjadi bahagian yang mahu menentukan siapa Perdana Menteri Malaysia.

Tindakan Abdul Hamid membuat pelbagai kenyataan akhbar hari ini mengesahkan bahawa beliau telah melangkaui tanggungjawab dan tugas beliau sebagai anggota cawangan khas dengan cuba menentukan corak pentadbiran negara. Ini merupakan satu campur tangan badan perisikan ke atas kerajaan demokrasi yang tidak sepatutnya berlaku.

Di negara lain beliau mungkin berhadapan dengan hukuman penjara. Namun di negara ini beliau hanya ditukar kepada bahagian lain.

Abdul Hamid juga harus menerima hakikat bahawa beliau ialah anggota polis dan perkhidmatan kerajaan yang tertakluk kepada arahan pertukaran kerja dan disiplin pasukan. Ini bukan syarikat milik beliau dan Tun Mahathir.

Sebagai orang nombor dua bahagian perisikan negara, Hamid sepatutnya sedar bahawa arahan pertukaran beliau ialah keputusan kepimpinan Polis dan Kerajaan yang beliau perlu akur

Beliau sekarang mendakwa ditukar kerana bersuara lantang dalam memastikan siasatan 1MDB dilakukan secara telus.

Sungguh melucukan siapa yang kenal Abdul Hamid sebelum ini. Di mana beliau bersuara lantang?

Tapi persoalan lebih wajar ialah apa kena mengena cawangan khas mengenai 1MDB yang jika ada kesalahan ialah kesalahan jenayah komersial.

Cawangan Khas tidak mengendalikan isu 1MDB. Dan bukan kepakaran mereka pun. Ini kes bahagian Jenayah Komersial PDRM.

Kenyataan Abd Hamid mengaitkan isu 1MDb ini hanyalah cubaan mahu menumpang populariti dan menyelamatkan diri dari sebarang tindakan disiplin yang serius.

Sumber: .-MYKMU.NET

6 comments:

Unknown said...

Kakitangan kerajaan adalah tertakluk kepada arahan perkhidmatan dan perintah Am Kerajaan. Jika x akur kepada peraturan ini memang patut dikenakan tindakan desiplin.

PJMM BULLETIN said...

Kao nie memang macai tegar terlampau, mengalah tabib jual buat!. Tak yah lah lebih lebih, ...

Unknown said...

Haha macai Najib tak habis2 nak buruk2kan orang yang tak sekepala dengan Ah jib gor. Ingat rakyat bersama Najib ke?? Kepala otak kao....

salleh said...

Tu lah...pelik ayat diatas. "Dato Abdul Hamid sepatutnya setia bersama rakyat?". Anda ni mengelamun ke? xyah cakap banyak. Pegi je mane2 tempat org berhimpun, kedai kopi ke atau ape saje, dgr ape sentimen majoriti rakyat skrg ni. Adakah majoriti sokong najib atau sebaliknya. Parti pembangkang mmg nk tengok najib dan UMNO jatuh dgn apa cara sekalipn. Org UMNO pulak nk tngk najib berundur,...itu je. Bkn nk tngk UMNO hancur. Parti pembangkang nk najib undur atas sbb2 yg mmg diketahui, yg org UMNO lak nk tngk najib undur sbb dia dh bikin bnyk masalah dlm UMNO. Jdi....secara amnya.....majoriti rakyat nk najib undur atas sebab2 berbeza. Kalau najib undur, bkn bermakna jatuhkan kerajaan, ganti le dgn pemimpin lain dlm BN. Skrg ni keluar plak statement ada geng nk jatuhkan kerajaan. Ada sekolah ke. X abis2 buat lawak.

mat din said...

rakyat yang macam mana yang dia nak setia.Dr M tu adalah mentor dia.Dia setia pada Dr M tu munasabahlah pasaiTun M itu tok guru dia.

Unknown said...

TAHNIAH DATO' ABDUL HAMID. BONGKAR2 DATO'. KAMI RAKYAT-RAKYAT BIASA NI HANYA NAK LIHAT JIB GOR TU LETAK JAWATAN. HABIS BERANTAKAN MALAYSIA. AKU RASA DIA NI KENA LAKNAT OLEH ALLAH SWT AKIBAT SUMPAH LAKNAT TAK BABIT BUNUH ALTANTUYA DAN KENA SUMPAH 7 KETURUNAN DPD ALTANTUYA. MACAM-MACAM BENDA PELIK BERLAKU, 3 KTERBANG MSIA JATUH, BANJIR PELIK DKELANTAN, NILAI RINGGIT JATUH BERGUGURAN, 1 MDB, LAHAD DATU DAN GUNUNG KINABALU PUN MELETUP DEK TAK TAHAN NAK RASA PENANGAN JIB GOR. YG PASTI PM MSIA SKRG INI KIRA PENCURI PALING GENIUS, KAYA-RAYA DAN BIJAK BERKATA-KATA. DIDOAKAN SEMOGA ALLAH SWT AKAN TERUS MEMANJANGKAN USIA DATO' UNTUK TERUS MEMBONGKARKAN PERKARA-PERKARA SEBENAR KERANA ALLAH SWT. TAKBIR. WSLM































Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget