KL CHRONICLE: Cerita di #SriGading libatkan @Akaprawi @Zahid_Hamidi @NajibRazak #KekalNajib

Saturday, August 22, 2015

Cerita di #SriGading libatkan @Akaprawi @Zahid_Hamidi @NajibRazak #KekalNajib


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini telah mengeluarkan satu lagi kenyataan kontroversi selepas kenyataan beliau sebelum ini yang mendakwa terdapat gerakan dari dalam UMNO untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatanya sekarang selaku Perdana Menteri Malaysia.



Beliau telah menjamin sepenuhnya bahawa Perdana Menteri Malaysia tidak melakukan sebarang kesalahan apabila menerima sumbangan yang berjumlah USD700juta daripada seorang dermawan. 
Untuk mengukuhkan kenyatanya, beliau mendakwa bahawa beliau telah bersemuka dengan pihak yang memberikan sumbangan tersebut.
Alasan beliau bahawa perkara tersebut bukanlah satu salah laku dijelaskan melalui perbandingan senario yang mungkin timbul seandainya sumbangan tersebut dimasukan ka dalam akaun parti (UMNO) berbanding ke dalam akaun peribadi Presiden Parti.
Beliau membayangkan seolah-olah orang UMNO ketika ini tidak strategik di dalam berpolitik kerana mereka sentiasa mempertikaikan apa juga tindakan dan keputusan yang dilakukan oleh pemimpin parti sama ada dari peringkat cawangan mahupun di peringkat pusat.
Beliau juga menyelar parti politik pembangkang yang didakwa oleh beliau turut menerima sumbangan politik tetapi dalam masa yang sama menghasut orang UMNO dan rakyat untuk mempertikaikan integriti Presiden UMNO apabila perkara yang sama berlaku kepada UMNO.

Persoalan yang timbul adalah mengapa beliau kelihatan sangat agresif dalam mempertahankan Presiden UMNO sejak beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
Adakah beliau terdesak untuk membuktikan taat setia beliau kepada Presiden UMNO yang telah dengan jasa baiknya melantik beliau kepada kedudukanya ketika ini ?
Adakah beliau mahu kekal popular di kalangan orang UMNO sebagai salah satu daripada strategi persediaan untuk menghadapi apa juga kemungkinan perubahan di dalam parti seperti pemilihan parti umpamanya ?
Adakah beliau sekadar mempamerkan simptom biasa iaitu simptom keghairahan bagi orang dalam parti yang baru menyandang jawatan penting iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia ?
Ataupun; itulah Ahmad Zahid Hamidi, seorang pejuang yang tidak pernah berhenti melantangkan suara hatinya kepada umum sejak daripada mula beliau menyertai kancah politik sehingga kini ketika beliau berada di puncak kariernya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget